mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Apr 7, 2010

YaHudi dlm PDRM?

NOTA EDITOR: Tak cukup masuk Jabatan Perdana Menteri, sekarang ni terdedah pula bahawa agen Yahudi telah dapat masuk ke Bukit Aman. Saya teringat waktu saya bekerja di Malaysia dahulu, ada seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia memberitahu bahawa Polis Di Raja Malaysia sering membeli barangan buatan Israel. Pada waktu itu saya bertegas tidak mahu pegawai itu membeli barangan dari satu syarikat yang saya tahu barangan itu buatan Israel. Nah, sekarang ini terbukti apa yang diberitahu kepada saya oleh pegawai kerajaan tersebut.

Maklumat yang saya dapat, DSAI memang mendapat laporan terus dari mereka-mereka yang menjadi keluarga PDRM yang tidak sanggup melihat perkara ini berterusan. Segala dokumen serta maklumat bertulis ada dalam tangan DSAI tapi tidak boleh didedah keluar kerana OSA. Saya menyebut ini kerana Ketua Polis Negara telah meminta bukti bertulis dari DSAI di atas dakwaan beliau. Namun DSAI tidak boleh mendedahkannya kepada umum kerana status OSA dokumen-dokumen tersebut. Jadi lepas ni mudah sahaja mereka kata Anwar Ibrahim berbohong sebab tiada dokumen.

Saya juga tidak tahu, apakah rahsia negara selamat dari pengtahuan Israel dan Mossad. Mustahil mereka ini tidak membuat salinan rahsia-rahsia negara dan menyerahkannya kepada MOSSAD dan Singapura.

Soalnya, tiadakah syarikat Malaysia yang mampu berbuat apa yang syarikat Yahudi itu boleh buat? Apa gunanya ada Multimedia Supercorridor?

Sekian.
Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Apr 6, 2010

apabila bukan Islam gnekan istilah Islam..

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 April: Anggota Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria menyifatkan tindakan beberapa anggota Parlimen bukan Islam menggunakan kalimah Islam ketika berbahas dalam Dewan Rakyat melambangkan Islam bakal berkembang pesat di negara ini.

Beliau mengulas ucapan anggota Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang menggunakan istilah-islah Islam ketika berucap.

"Dr Tan Seng Giaw (Kepong) dalam perbahasannya minta supaya Pasir Salak (Datuk Tajuddin Abdul Rahman) menjauhi sifat mazmumah, ujub, riyak dan takbur.

"Dia kata kena bersifat dengan sifat mahmudah, ikhlas, adil, itqan...

"Tak lambat dah kot orang cina akan terima Islam. InsyaAllah," tulis Nasir dalam laman komuniti Facebook beliau.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan tindakan anggota Parlimen Taiping, Nga Koo Meng yang membaca beberapa ayat Al Quran dalam ceramahnya.

Bagi beliau, tidak salah orang bukan Islam membaca al Quran itu kerana dia bukannya menghina al Quran.

Untuk itu, Nik Aziz telah mengutuskan satu surat kepada Nga agar beliau terus tekun dalam ujian yang dihadapinya.

Nga telah dicemuh dengan pelbagai kata nista ekoran tindakannya membaca ayat-ayat al-Quran dalam satu ceramahnya.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin dalam satu diskusi ilmunya di Masjid Bandar Tasik Puteri baru-baru ini menolak Nga bersalah dalam kes ini.

"Apa salahnya dia orang bukan Islam membaca ayat Al Quran kerana dia hanya mahu menguatkan hujjahnya bukannya menghina al-Quran," kata Hanipa dalam diskusi ilmu itu.

TakuT pd Laknat Allah

Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

Sumber - myMetro

Hairan, pelik dan ajaib... kenapa Negara Malaysia yang Pimpinan Tertingginya dari Parti UMNO/BN tidak berani mangambil tindakan yang sedemikian?

Apr 5, 2010

Musyidul Am PAS


Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253,

تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُ‌ۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتٍ۬

Maksudnya : "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan"

Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskan religiously charismatic. Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-bukti religiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic. Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang.

Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah:

عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُ‌ۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتٍ۬

Bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.

Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT. Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dia perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau maamun sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama. Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi. Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad); “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian. Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian. Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin. Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju. Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya. Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi––memartabatkan agama dan mengurus-tadbir dunia dengan agama–– dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini....

copy paste dri blog greencresent..
TAKBIR!

unplugged


sedutan dari buku unplugged
tok guru nik abdul aziz nik mat..
-menyentuh ttg keris,PAS tiada cadangan utk berperang dgn sesiapa.Kami menghormati,
ia sekadar sejenis senjata pesaka kesayangan orang Melayu.Tidak
terlalu terbawa2 dgn mitos kekeramatan keris,PAS cuma serius memikirkan
bagaimana lisan dan tulisan boleh berdakwah!
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

mood of fella


hundred yerss



Apr 1, 2010

DANGER 2 OUR COUNTRY!!!!!!!!!!!

Saya sengaja lewat mengirimkan pautan/kiriman berkaitan dengan APCO dan MEB kerana berita/kiriman tentang hal tersebut bagaikan pisang panas di media cetak, di media elektronik dan di media baru. Pembetulan, fasal MEB memang "hot" di semua saluran media, tetapi fasal APCO hanya "hot" di media baru, "sejuk bedi" di media elektronik dan di media cetak arus perdana. Silap-silap langsung tidak diperihalkan dalam media-media tersebut.

Blog ini pernah beberapa kali menyiarkan tentang APCO dan kerajaan PM 1Malaysia. Jadi, tidak perlulah saya menulis panjang. Cuma setelah membaca penjelasan Saudara Tian Chua di bawah ini serta berita-berita yang berkaitan dengannya, frasa yang secara spontan keluar dari mulut saya ialah: "Rapuhnya rahsia dan maruah negara"


Penjelasan tentang APCO:
Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.

Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?

Ia bukan hanya sekadar sebuah syarikat Yahudi

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabat Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabat di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

Kita mungkin berkata habis itu apa?

Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakala ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalam masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscott merupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu di bawah pentadbiran Bush. Carl Truscott merupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

Hubungan dengan Israel

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadap kerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossad yang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2006, APCO dan ASERO memperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSA direka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.

Hubungan dengan Singapura

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi.

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatan ruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara institusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS). Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”

1-Malaysia dan slogan Satu Bangsa

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negara kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya slogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakan cubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.

Di Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.

Menyerahkan Kedaulatan Malaysia

Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersebut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda, lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.
Berkaitan:
* Teks Ucapan Ketua Pembangkang tentang APCO Worldwide
* Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja
* Apco Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri

DSAI di Parlimen menerangkan hujahnya berkaitan dengan APCO, 1Malaysia, 1Israel, persoalan maruah, dan persoalan keselamatan negara. Apa respons MP BN? Masih lagi mahu mempertahankan PM 1Malaysia? Walhal APCO dikatakan mempunyai wakil di Pejabat Perdana Menteri, APCO juga diberikan akses untuk melihat bahan-bahan sensitif milik kerajaan. Bayangkan jika wakil tersebut ejen Israel, sudah tentu apa-apa sahaja rahsia negara akan diketahui oleh musuh Islam dan manusia yang mementingkan keadilan dan keamanan sejagat.

Apa cerita MP Katak yang begitu kuat semangat kemelayuan dan nasionalisme mereka? Zul Nordin & Zahrain, tidak mahu komen? Presiden PERKASA yang beria-ria mahu DSAI menjawab tentang perkaitan 1Malaysia dengan 1Israel, apa komen anda? Di mana semangat cinta akan bangsa dan negara melampau anda? Bilakah keris PERKASA itu akan digunakan untuk merobek perjanjian antara PM 1Malaysia dengan APCO?

Kita tunggu respons mereka!

Dari segi kebijakan berpolitik, berniaga, berdiplomasi dan segala macam "ber", cuba bandingkan antara Malaysia dengan Singapura. Walaupun negara itu hanya sebuah pulau kecil, namun pengaruhnya amat besar sehingga negara ini amat mudah dipermainkan & diperlekehkan oleh negara tersebut. Walhal negara itu dahulunya jajahan Malaysia. Jual air, Singapura untung, berebut pulau, Singapura menang, hendak bina jambatan, minta izin negara itu, dll. Opss cukuplah! Hati pun sudah panas!

Sebalik pendedahan yang amat-amat memalukan dan mendukacitakan itu, PM 1Malaysia hari ini berada di Persidangan Invest Malaysia 2010 untuk mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di hadapan pelabur dan pemimpin dalam dan luar negara. Biarpun hakikatnya MEB ini umumnya untuk rakyat Malaysia, namun PM 1Malaysia memilih untuk mengumumkan perkara sepenting itu di depan pelabur dan pemimpin dalam dan luar negara. Antara inti pati MEB:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

*Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

*Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;

*Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

*Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandaraya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

*Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

*Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta;

*Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat;....

Bagi yang rajin membaca, sila klik pautan ini untuk membaca teks penuh ucapan versi bahasa kebangsaan PM 1Malaysia sewaktu mengumumkan MEB pagi tadi.

DRI BLOG CACAMARBA

saVe RAKYAT!!


1. Dewan Pemuda PAS Pusat pada Julai 2009 melalui Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasanya pernah mengutarakan isu penglibatan dan pengaruh sebuah Firma Konsultan Antarabangsa [APCO Worldwide] yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam kerajaan negara kita .

2. Selain daripada merujuk kepada pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen , Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar agar satu Suruhanjaya DiRaja segera dibentuk bagi menyiasat dakwaan ini justeru ia melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara .

3. Kita tidak mungkin membiarkan rakyat dan negara tercinta ini begitu terdedah kepada risiko dan ancaman luar semata - mata untuk memenuhi keinginan nafsu rakus seorang Perdana Menteri . Sudahlah negara terpaksa membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 20 juta semata - mata untuk memulihkan imej sang Perdana Menteri yang rosak dan punah teruk di mata masyarakat dan dunia , Firma Konsultan [ APCO ] yang dipilih pula adalah sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Zionis Israel alaihi laknatullah .

4. RM 20 juta adalah satu jumlah yang sangat keterlaluan untuk digunakan hanya tujuan menggilap imej seorang pemimpin dan partinya yang sekian lama terpalit dengan pelbagai dosa dan noda . Entah dari mana wang sebanyak itu diperolehi , alangkah jika ianya disuntik ke dalam pakej rangsangan ekonomi untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat tatkala berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang longlai dan lesu .

5. Penasihat Perdana Menteri Omar Mustafa Ong dilihat sangat berkuasa dalam hal ini sehingga mengatasi menteri dan pegawai kanan kerajaan . Beliau didakwa bertanggungjawab memperkenalkan APCO Worlwide kepada kerajaan Malaysia dan membawanya masuk malah sampai ke peringkat syarikat ini berjaya membuka "pejabat"nya di dalam pejabat Perda Menteri .

6. Kerajaan Malaysia kini sedang dilihat mempertaruhkan masa depan rakyat dan negara kerana mengizinkan syarikat konsultan seperti APCO ber"sarang" di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara kita . Semua orang tahu bahawa APCO adalah sebuah syarikat pro Zionis yang sedang melebarkan pengaruh dan penguasaannya ke atas negara - negara luar Israel khasnya negara umat Islam di seluruh dunia . Negara kini seperti di dalam cengkaman Zionis Israel apabila pemimpin utamanya [ Datuk Seri Najib Abd Razak ] kini didalam pengaruh dan nasihat APCO Worlwide .

7. Tindakan Perdana Menteri turut dilihat sebagai satu penghinaan ke atas ummat Islam seluruh dunia amnya dan Palestine khasnya . Kenapa tidak , saat Zionis Israel mengganas dan menggila di Gaza Palestine , Perdana Menteri mengheret kerajaan pimpinannya untuk membuta hubungan langsung dengan syarikat pro Zionis tersebut . Lebih membimbangkan ialah maklumat strategik negara kini di "mulut" Zionis apabila APCO bebas menggilap dan menasihati perdana menteri .

8. Kenapa mahu bazirkan wang sedemikian banyak dengan mengenepikan syarikat konsultan tempatan jika Perdana Menteri benar - benar terdesak untuk memulihkan imejnya yang rosak teruk ? Apakah Perdana Menteri tidak yakin pada keupayaan syarikat konsultan tempatan ? sehingga tidak segan mengundang APCO yang pernah menasihati Ehud Barak agar melancarkan " One Israel " untuk memulih imej perdana menteri Israel tersebut . Apakah One Malaysia [ Satu Malaysia ] merupakan strategi serupa ? Awas negara kini dalam bahaya dengan agenda One Malaysia tajaan zionis ini .

9. Jika imej menjadi persoalan yang menghantui dan menghambat YAB Perdana Menteri , kenapa tidak beliau bina imej berasaskan akhlak Islami yang telah diwariskan oleh Nabi saw sebagai Rasul yang diutus oleh Allah swt untuk menyempurnakan keindahan akhlak dan syakhsiyah . Bahkan Islam sememangnya mempunyai skill dan skima tersendiri dalam membentuk karektor seorang pemimpin yang baik dan hebat .

10. YAB Perdana Menteri sewajarnya menghayati nilai akhlak Islami yang berasaskan iman dan taqwa . kelak ia akan meluhurkan peribadi sehingga lahir susuk seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , menjauhi rasuah , arak , zina , judi bahkan menjadi insan yang taat kepada Allah swt serta melaksanakan syariat dan syiar agama Allah swt . Kenapa tidak lihat kepada hebatnya karisma dan jati diri yang dibina oleh pemimpin yang beriman , berilmu dan bertaqwa seperti Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ? Mereka tidak pernah terlibat dengan korupsi , arak , judi dan sebagainya .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...