mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Aug 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011



SELAMAT HARI RAYA 2011

MASIH HIDUP UNTUK MERASAI RAMADHAN

MASIH BERNAFAS UNTUK BERSAMA DENGAN FAMILI,TERSAYANG,DAN JUGA KAWAN-KAWAN

SEMOGA RAYA TAHUN DEPAN KITA MASIH ADA

LAGI..

Aug 21, 2011

menjadi kenyataan


apa yang dibimbangi,
sudah menjadi kenyataan..
angka yang sangat merisaukan
untuk umur yang semuda ini..
10.8

Aug 17, 2011

tidak pernah jemu




tidak pernah jemu untuk menatap wajah mu

menyokong perjuangan mu

bersyukur dilahirkan dinegeri pentadbiran mu

jiwa mu,wajah mu,kesabaran mu

memimpin gerakan Islam,

memimpin negeri yang paling miskin

memberikan kami inspirasi

untuk mempertahankan mu

TAKBIR!

Aug 16, 2011

MALAYSIA BERPERANG LAGI


Hakikatnya Malaysia telah tewas dalam banyak peperangan! Bila pula Malaysia berperang?!

Perang Dadah, Perang Rasuah dan berbagai lagi. Semuanya tewas belaka. Dan hari ini dalam akhbar tempatan satu lagi peperangan disiytiharkan iaitu Perang terhadap sindiket pemerdagangan manusia.

Memang kerja-kerja memperdagangkan manusia seumpama ini seharusnya dikutuk dan ditentang habis-habisan. Masalahnya di sini adalah kesungguhan. Dari mana masuknya mereka ini sedangkan sempadan Malaysia bukannya luas mana pun.

Jika diseludup melalui udara bukankah lapangan terbang kita semuanya yang paling canggih di rantau ini? Jika melalui darat pun begitu, bukan hanya imigresen dan polis malah unit penyeludupan, kastam dan sebelum ini dengarnya tentera pun mahu dilibatkan, apa dah jadi?

Melaui perairan pula, kita bukannya menghadapi deruan “bot people” sebagaimana semasa perang Vietnam dahulu dimana berderu-deru pelarian masuk melalui laut. Kekuatan laut kita dari sudut pertahanan dan kelengkapan agensi laut juga hebat malah berjuta ringgit wang rakyat dan Negara dibelanjakan ke arah itu.

Baguslah disiytiharkan perang, tapi perang ini ada kalah ada menangnya. Jangan sampai kita tewas. Seluruh rakyat saya kira sedia memberikan kerjasama yang pentingnya di sini adalah ketegasan dan kecekapan agensi penguatkuasaan. Jangan sampai kita ditertawakan.

http://n32.blogspot.com/

Aug 10, 2011

yare yare yare


yare yare yare

dgn heliza pn nk marah

cemburu tanda sayang

sayang sy sgt kuat

yare yare yare

saya ada heliza

kamu ada imam muda hassan

adil lah tuu

yare yare yare

dengan artis pn nk jeless

dengan imam muda pun nak jeless

rahimie syuhada

ich liebe dich (^^)

kembali


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..??

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang..

amat lemah.

baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..bile time sembahyang raya...
"lagi lawak cari Allah sebab esok nak exam. mintak la macam2 kat Allah.bila fail ckp la Allah tak tunaikan perintaan doa?"

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..

tak cukup masa..

dari=http://chempakaituaku.blogspot.com/

OMG!


Yare-yare-yare!
OMG! Heliza helmi!
hehe nti cik daa mesti jelezzz niee...

hehe--
jum tgk heliza jaapp

Aug 8, 2011

Kepada Cendekia Solidar


Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa, menghakis label-label bongkak yang disusup puaka, Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya dengan media gergasi pertajam taring dustanya. Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah. Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa, berazam melawannya demi mengharum satu era. Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka; kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka. Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti, dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani. Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya. Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya. A Samad Said

Aug 7, 2011

LoVe


Kerana cinta yang pahit menjadi manis,kerana cinta tembaga emas jadinya,kerana cinta sakit tidak terasa,kerana cinta segala penyakit sembuh segera,kerana cinta yang mati hidup semula,kerana cinta Sang Raja bertukar hamba,kerana cinta penjara taman berbunga,kerana cinta benderang rumahnya,kerana cinta duri menjadi bunga,kerana cinta kandu menjadi waja,kerana cinta api menjadi cahaya,kerana cinta Pontianak bertukar pari,kerana cinta sembuh semua yang sakit,kerana cinta yang murka berputik kasihnya....

Aug 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...