mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Mar 30, 2011

-aduhai kamu-


-sudah selesai klas jerman utk sem ini-
-oh! drama cinta-cinta depan kampus semalam! hihi-
-kemana ya membawa gadis pada pkol 2 pg..??
-mudah sangat gadis tuh dibawa? macam bola..?
-hehe
-gadis e2 plak dh byk lelaki..! ooo patutlah jd mcm tuh..-

-hishh x baik buka aib org..! bkn buka aib gadis itu..-
-cuma bila pikir balik.. gadis ini klu dyer jaga maruah dyer.. alangkah
indahnya maruah dya.. tp...

-mohon dijaohkan... pasal pmpuan tudung labuh.. oh!
-2 kes yg berlaku pd pmpuan yg pkai tudung labuh ni telah timbulkan
persepsi bahawa mereka telah mencemarkan imej wanita btudung labuh!..
-
-
-aduhai....

Mar 29, 2011

RAHSIA PARTI ISLAM SEMALAYSIA -PAS-


PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal. Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu. Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.

‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi. Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.

Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan. Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.

Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua. Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.

‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD http://www.khalidsamad.com/2011/03/rahsia-pas.html#more

Mar 28, 2011

balik umah


bila balik umah s0rang2..
dk umah s0rang2..
sunyi dan sepi..
dh X mcm dulu..
smakin usia kte meningkat..
smakin brubah suasana khidupan kter..
adik2 dh besar..

bgn pagi..
tgk jendela blik..
bunyi ayam blakang umh berk0k0k..

indahnya hidop ini..
yg smakin hari dh berubah..
smakin dewasa kita..
semakin ja0h lh kita dari umh..

semakin berbeza..
sy nak waktu dulu..

Mar 26, 2011

-ini lah saya-


saya rasa saya x fanatik politik.. tapi bila ader rasa yg btkan diri kita ini rasa benda itu salah dan mmg salah p0n..
kita kena tegur..
yer2.. kte kne ader adab utk menegur...

masok umh 0rg,kne lh jge adab..
bila dia sentuh isu air...
salahkan kjaan negeri..
wal hal bnda nie mmg X libatkn negeri p0n.

tp diada2 kan sbb nak lari dri tggung jwb masing2..
sy ada kwn MPP.
tentulh sy ada inf02 pasal bnda ini.
ok. st0p.
dh ms0k p0litik plak.

Pengajian Warisan.
keje ke dpr kje ke x.
ini semua kje Tuhan.
rezeki ada dimana2.
kn?

kter usaha.
kter dpt ganjaranyer.
amin.

eh! pak sdara aku dh kawen ngn 0rg KL.
amin. m0ge bahagia sampi lasy hd0p dyer 0rg..

tggal 1 mggu jer lg.
pas2 dh ader exam.
pas2 cuti. cpt mase blalu.
itu lh sy mahukan.
haha.

...
saya suka politik.
politik btkn saya hidop utk lihat kebenaran..
...

Mar 25, 2011

0perasi lalang


Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

1) Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
2) Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.
3) Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
Antara mereka yang ditahan ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar - Presiden ALIRAN
Karpal Singh - Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee - Ketua Perak
Kua Kia Song - Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO.
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP , beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

( untuk tambah pengetahuan kter)

bersama kita menyanyi

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

tanxx to
cik didie http://cikdidiedeandra.blogspot.com/ 4 dis s0ng.. ^^

Mar 23, 2011

Jangan menzalimi orang lain...............


Pada tahun 1994 Lim Guan Eng ditahan polis ekoran kritikannya terhadap cara kerajaan mengendalikan kes membabitkan Ketua Menteri Melaka ketika itu yang dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur (hubungan seks dengan gadis bawah umur = rogol).

Guan Eng kemudiannya didakwa di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 8(a)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semuanya berkaitan dengan dakwaan kes rogol di atas dan akhirnya merengkok dipenjara apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara.

Ketua Menteri Melaka ketika itu adalah Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik, beliau entah macam mana terlepas dari pertuduhan itu.

Hari ini Rahim terbit di media arus perdana bagaikan sehelai kain bersih. Beliau tidak mahu seorang yang punya cita-cita mahu menjadi PM dari menjadi PM kerana dakwanya orang Islam tidak akan menerima seorang yang tiada maruah dan kredibiliti. Rahim mengaku terlibat dalam video panas yang menjadi kontroversi satu dua hari ini.

Angkara Rahim, Guan Eng yang mahu membela seorang insan yang teraniaya merengkok di penjara. Ajaibnya Guan Eng bangkit kembali untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat pada tahun 2008.

Mungkinkah angkara Rahim juga orang yang mahu dijatuhkannya itu nanti juga merengkok dipenjara. Ajaibnya mungkinkah beliau yang turut dianiaya itu juga nanti sebagaimana Guan Eng bangkit tetapi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Wallahualam.

http://n32.blogspot.com/

Mar 22, 2011

maseh ingat akan dia



syg tulis name kita kat bantal syg

bila tgk bantal

ingat ayat dyer

xleh buang

sampai bila-bila

kenangan terlalu

sakit untuk dikenang

tetapi

itulah benda yang sangat

sangat berharga untuk

diingat

dirindui

diingati

tak akan ada

yang sama

dengan dia


Mar 21, 2011

liwat dan liwat lagi..


Diambang pilihanraya umum negeri Sarawak kita digegar pula dengan satu lagi kontroversi. Sekali lagi sasarannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum pun selesai perbicaraan kes liwatnya di mahkamah kini terbit pula kisah baru.

Dan sebagaimana biasa yang melonjak dan menari adalah media arus perdana.

Sudah pastilah kiranya kredibiliti Anwar dapat diserang, dirobek dan dipertikaikan maka Pakatan Rakyat akan terkena bahangnya. Kalau tak dapat ditewaskan cara demokrasi berpilihanraya, apa sahaja cara yang dapat dicapai akan dicapai asal sahaja PR dapat dikuburkan.

Samada Anwar atau tidak yang beraksi dalam video lucah itu yang pastinya penayangannya semalam kepada wakil media arus perdana dan alternative di Carcosa adalah suatu kesalahan. Menontonkan video lucah, salah, kenapa si Datuk “T” tak ditahan polis?

Sejak bila pula Malaysia berbangga dengan aksi dan politik murahan seperti ini sehingga mengendurkan undang-undang dan peraturan semata-mata kerana mahu membunuh karier politik seseorang.

Anwar telah mengeluarkan kenyataan. Lelaki itu bukan beliau, alibinya berada bersama keluarga siap update facebook dan ber “tweet” di waktu kononnya beliau beraksi dalam video itu.

Si Datuk “T” bagaimana? Dalam hal ini siapakah yang perlu diperlindungi?

Kalau ada kesalahan ekoran pendedahan video itu, siasat dan seret mereka yang terlibat ke pengadilan, tetapi yang nyatanya kesalahan yang dilakukan semalam adalah menontonkan video lucah pada orang awam. Seret Datuk “T”, pengurusan Carcosa dan semua yang terbabit semalam.

Semakin keruh dan kotor politik Malaysia................

http://n32.blogspot.com/

Mar 20, 2011

dh 200 pengikut dh




kawe dh ader 200..!
skrg yg terkini dlm pkol 2.49 pg slepas tgk chel win 2-0 lwan city...

oh! cptnyer maser..! dlm berbl0g nie 2 bndo kawe suko..!
ore hk folow ngn ore hk komen kito! bez2...!

sedakk!! haha
post ini utk kamu..! =http://brokenterompah.blogspot.com/

nmo dyo cik terompoh..! plik dop??
hehe... mekaseh byk2 deh... dlm byk2 gmba
bowoh nie... ado hadiah utk awk!...

sgt2 x cumel... tp ikhlas dri ambo :)
post ini KHAS utk Cik TEROPOH...
hehe...
may g0d bless u... amin..

Mar 19, 2011

hidup ini singkat


-Hidup itu singkat. Tambahan lagi hidup itu hanya sekali sahaja. Tak banyak masa yang kita ada dalam hidup ini.
-Jatuh dan bangun itu lumrah kehidupan. Ada kala kita di atas ada kalanya kita di bawah.

-Kadang kala perancangan tidak menjadi kenyataan. Ini juga lumrah dalam kehidupan. Jangan putus asa dan teruskan lagi merancang dan merancang.
( amin iskandar )

-jangan putus asa?...
-jangan putus asa...
-jangan putus asa....!

Mar 16, 2011

PAS tidak khianat


Baru-baru ini sebuah akhbar harian tempatan memetik kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Dato’ Harun Taib bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan DAP, kerana parti berkenaan dapat menerima dasar dan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Presiden Umno Najib Tun Razak yang berpandangan bahwa PAS sewajarnya bekerjasama dengan Umno, sebuah parti Melayu Islam berbanding dengan DAP yang bukan Islam.

Kata Ustaz Harun walaupun Umno mahu bekerjasama dengan PAS namun Umno terang-terang menolak konsep dan dasar perjuangan PAS. Berbeza dengan DAP yang walaupun sebuah parti sekular namun tidak menolak konsep dan dasar perjuangan PAS.

Sesungguhnya sejarah poitik tanahair telah membuktikan bahawa PAS konsisten dengan konsep dan dasar perjuangannya. Sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dan sejak menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955 begitulah PAS, jatuh dan bangun bersama Islam sehingga pernah tinggal cuma sebuah kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan dua kerusi DUN di Kelantan ia kekal demikian. Dan kini menang bersama Pakatan Rakyat di empat buah negeri dan bersama menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat ia tetap juga begitu.

Kecakalan berpegang pada Islam inilah yang telah mengundang segan dan penghormatan kawan dan lawan terhadap PAS.

Parti-parti yang berkawan dengan PAS memahami perkara ini dan menghormati pendirian PAS. Malah rakyat rata-rata memberikan penghormatan kepada PAS lantaran iltizamnya pada Islam dan ini akan terus kekal selagi mana PAS tidak cuai atau lalai.

Benar Umno adalah sebuah parti Melayu Islam. Namun tidak seperti PAS, Umno mengambil Islam lebih secara selektif atau berpilih-pilih dan bukan sebagai konsep dan dasar perjuangan parti berkenaan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan apa sahaja yang berbaur Islam yang tidak merugikan ia dari segi politik maka Umno akan bersedia mempertahankannya, sebaliknya jika ia merugikan khasnya dari kacamata politik maka Umno tidak teragak-agak akan menyisih atau menjauhkan diri darinya.

Contih terbaik adalah pengharaman judi di negeri Kelantan yang dikuasai PAS sejak tahun 1990. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan bertindak ke atas premis yang menjual loteri “bigsweep”, dan tindakan berkenaan telah disensaikan khasnya oleh komponan BN iaitu MCA. Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat agar mengambil langkah yang sama seperti Kelantan malah menyeru agar kerajaan negeri yang diterajui Umno turut berbuat demikian.

Saya yakin kerajaan negeri-negeri BN tidak akan memberikan respon kerana ternyata ia bakal merugikan mereka dari sudut politik walaupun jelas ia haram di sisi Islam.

PAS tidak pernah mengendurkan cita-cita perjuangannya samada dalam keadaan ia kalah apalagi ketika ia menang. Parti-parti yang berkawan denga PAS sejak dari tahun 50an dahulu seumpama Parti Negara yang bersama membentuk kerajaan negeri Terengganu tahun 1959, dan kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 ketika PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan tahun 1990 masing-masing sedar akan tuntutan perjuangan PAS.

Dan kini PKR dan malah DAP juga sedar akan keadaan demikian. Kerana itu kita lihat pentafsiran Islam dalam pentadbiran lebih jelas dan ketara di negeri-negeri yang PAS turut berperanan walaupun hakikatnya kawan-kawan PAS di negeri-negeri itu termasuklah DAP merupakan parti yang Umno sering cap sebagai anti Melayu dan Islam.

Sebagai kawan DAP sedar akan kemampuan PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS lah parti yang paling “senior” dari sudut usia. Dan dari sudut organisasi dan kekuatan akar-umbi tidak dapat dinafikan jentera PAS lah yang antara penyumbang besar kearah kemenangan luar biasa Pakatan Rakyat dalam PRU tahun 2008 lalu. Hakikat ini disedari oleh semua pihak.

Sejarah membuktikan PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya. Parti Negara pada tahun 1960an berpaling tadah sehingga mengakibatkan kerajaan PAS tumbang di Terengganu ketika itu. BN pula pernah tendang keluar PAS sebagai rakannya di zaman Allahyarham Tun Hussien Onn sebagai PM. Rekod menunjukkan PAS lah rakan yang paling jujur sehingga dalam kerajaan PR hari ini pun tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS berpaling tadah tidak seperti wakil-wakil dari DAP dan PKR.

Umno mungkin menyedari hakikat ini tetapi ia tewas apabila enggan jujur dalam memberikan pengiktirafan sebenar pada Islam. PAS bukannya menuntut pangkat dan kedudukan, tetapi sejak awal penubuhannya, memartabatkan Islam itulah agenda utama perjuangannya. Dengan sikap Umno yang selektif terhadap Islam ternyata rakyat lebih mengharapkan pada PAS kiranya Islam terancam atau mahu diketengahkan dalam satu-satu isu atau keadaan.

DAP kini faham keutamaan PAS setelah berkesempatan berkerjsama dengannya. Walaupun ia tidak mengiktiraf konsep Negara Islam namun sebagai sebuah parti demokratik, kiranya majoriti rakyat disesebuah negeri itu member mandat terbesar pada PAS, saya yakin DAP akan akur.

Dalam isu kontroversi loteri “Bigsweep” di Kelantan contohnya, ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng menyatakan bahawa jika majoriti rakyat Kelantan mahukan pengharaman itu maka rakyat yang minoriti harus menghormatinya kerana itulah prinsip demokrasi.

http://n32.blogspot.com
/

renung balik


-
-cuba renung balik kesalahan.. keburukan diri kita..
-ada yang kita impikan.. mahukan...
-apa tujuan kita hidup di dunia ini?
-
-npe tuhan x bg aku apa yang aku impikan?
-npe tuhan x makbulkan d0a-d0a ku lagi?
-
-mie..! jgn putus asa dgn rahmat tuhan..!
-
-yupp! x kan sama sekali putus asa..!
-
-tp kita lemah kan???
-nafsu nafsu yang lemahkan kita...!
-
-kita kena bersabar...
-kita kena bersyukur...
-
-dgn apa yang diberi...
-tuhan dah bagi kita...
-tuhan dh makbulkan doa-doa kita....
-
-cuma tunggu masa yang seswai...
-senyum...
-gembira..
-
-hid0p ini terlalu gembira utk dilalui...
-
-
-menanti dan serahkan urusan ini kdp -NYA...
amin....

Mar 14, 2011

jgn kecewakan hati KEKASIH ALLAH


“Hawa…Tahukah kau, bahawa dahulu kala,

hidupmu ibarat ‘anjing peliharaan’ orang-orang zalim,

dirimu dihina, disakiti, dan dinodai. Tetapi,

tatkala lahirnya seorang insan, yang bernama…

Muhammad bin Abdullah.

Hidupmu segala-galanya berubah,

dari dihina, kau dimuliakan,

dari disakiti, kau dilindungi,

dari dinodai, kau dipelihara.

Tahukah kau, betapa sakit dan pedihnya perjuangan…

insan ini untuk memuliakanmu?. Sehinggakan,

jika kau mengumpulkan seluruh alam semesta ini,

untuk membayar pengorbanan insan ini, ianya sama sekali tidak mencukupi.

Bahkan, bukanlah bayaran yang dituntut insan ini,

Cuma, satu sahaja tuntutannya. Apakah tuntutan itu?.

ialah, dengan kau melaksanakan semua perintahNya tanpa alasan sedikitpun,

jika dia menyuruhmu menutup aurat, maka tutuplah,

jika dia menyuruhmu peliharalah kemaluan, maka peliharalah.

Jika, kesemua ini kau tidak mampu dan enggan melaksanakan,

sesungguhnya kau telah menzalimi insan yang bernama Muhammad bin Abdullah!.”

*hendak seribu usaha, tak hendak seribu alasan.


iNi unTuk Kamu saHaja


kamu 0k
kamu baik
kamu kasar
kamu ngada
kamu garang
kamu sukar
kamu letih
kamu kuat
kamu pemalu
kamu degil
kamu nakal

-ini untuk kamu...-http://sukahatisaya-lieyanna.blogspot.com/

Mar 12, 2011

b0rak berSame family


-salam ..
-makan sate sama family..! yeah! all t0gether semalam...
-
-tgh dok b0rak mama ckp pasal j0d0h..!
-haishh....
-dyer cakap dan mie p0n translet makna2nya=
-
-( jgn memilih sangat j0d0h kita.. yg el0k pd akhlaknya...ambilah
ia as teman hidop kita.. klu terlampau memilih kelak akan dapat
yg bkn kita suka) hehe
-
-macam pak sdare aku... :)
-h0pe dyer0rg BAHAGIA sampai ke akhir hayat.. amin..
-
-
-dan p0st lagi satu KHAS utuk Zz... ^^
-
-

geli hati


-
- hehe geli hati aku ngn pempuan ni..! muke mmg comeyy ler.. kire class gred A..!
mmg comeyy p0n.. akibat kecomeyy-an dyer tuh lah dyer memilih2 lelaki utk dijadikan pakwe.. n pakwe dyer adalah sgt..! sgt x ecem n lagi satu..! hehe adalah PENCURI di bl0k aku ni..!
-hahahah
-m0ral citer ini=jgn memilih sgt kaum hawa weh.. las2 dpt si PENCURI..!
-
-
-kahkahkahkahkahkahkah
-ini citer yg sangat2 benar..!
-ok
-lg
-...........
-.........
-...
-aku makin gemokkk...! (sedey)

Mar 11, 2011

a hero name ahmad deedat


Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918 M. Ketika dilahirkan, ayahnya Hoosen, seorang tukang jahit telah pun berhijrah ke Afrika Selatan. Maka dengan sebab itu, Ahmed Deedat tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang ayahnya. Ahmed Deedat sejak kecilnya hidup dalam suasana kegawatan, kepertitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain.

Negara yang dipilihnya itu adalah negara yang telah dijejaki oleh ayahnya, Afrika Selatan. Beliau meninggalkan tanah airnya, India bersama tangisan ibunya pada tahun 1927. Selang beberapa bulan kemudian, beliau dilanda kejutan emosi akibat perkhabaran ibunya yang telah kembali ke rahmatullah. Di Afrika Selatan, Ahmed Deedat akhirnya telah Berjaya menemui ayahnya yang terpisah sejak dilahirkan.

Ketika berada di bumi asing ini, beliau telah memulakan episod baru dalam hidupnya. Semasa berumur 9 tahun, beliau telah memulakan pengajiannya secara formal di sebuah sekolah Inggeris. Berkat ketekunan dan ketabahannya, beliau telah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam tempoh yang sangat singkat malah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Namun, akibat kesempitan dan kekurangan wang yang berlaku pada dirinya sewaktu berusia 16 tahun, beliau terpaksa berhenti dari persekolahannya lalu menampung kesempitan tersebut dengan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit.

Tahun 1936 merupakan detik sejarah yang besar baginya di mana bermula dari situlah kisah hidupnya sebagai seorang pendakwah Islam yang termasyhur diseluruh dunia hari ini bermula. Pada waktu itu, beliau bekerja di salah sebuah gedung membeli-belah milik seorang peniaga Islam. Gedung tersebut pula bersebelahan dengan pusat penyebaran dakyah Kristian yang terkenal sebagai pusat misionari Kristian dengan nama Natal South Coast. Setiap waktu sepanjang menjalankan tugas di gedung tersebut, beliau kerap menerima tetamu misionaris yang ingin benar cuba mempengaruhinya supaya memeluk Kristian di samping mencela agama yang dianuti iaitu Islam.

Dengan keteguhan Iman yang tersemai di dadanya di samping hidayah Allah s.w.t yang diturunkan,muncul di lubuk hatinya satu cetusan dan semangat berkobar-kobar untuk menghalang kegiatan dan propaganda kristian yang palsu ini. Guru pertama beliau yang telah banyak memberi maklumat dan panduan dalam menghadapi serangan dakyah kristian ini adalah sebuah kitab dalam bahasa Urdu yang terkenal dengan terjemahan Arabnya dengan nama Izhaarul Haq.

Kitab tersebut telah dikarang oleh seorang ulama India yang bernama Rahmatullah al-Hindi yang digunakan untuk mempertahankan Islam dari serangan Kristianisasi yang berleluasa ketika itu semasa penjajahan British di India. Ahmed Deedat juga telah mengkaji kandungan kitab Bible sebagai maklumat untuk menghentam kembali kepalsuan yang terdapat dalam agama Kristian.

Hasilnya, Ahmed Deedat telah berjaya melawan tetamu misionaris tersebut malah dapat mematahkan hujah mereka satu persatu ketika mereka mengemukakan celaan terhadap Islam. Beliau juga telah menyusun banyak perdebatan dengan paderi-paderi yang tinggal di daerahnya di mana kesemua debat tersebut dimenangi oleh Ahmed Deedat sendiri bahkan menjadikan Ahmed Deedat sebagai guru mereka. Kejayaan yang beliau perolehi ini menyebabkan beliau terkenal sebagai seorang pendakwah dan pembela Islam.

Saban hari kedengaran gerakan Kristianisasi dan misionaris Kristian makin berkembang dengan pesatnya di kebanyakan negara Islam, menyebabkan tekad dan semangatnya semakain bernyala-nyala untuk menyekatnya. Ketika beliau berumur 30 tahun ke atas, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya, penubuhan Institut As-Salam, mengadakan kelas pengajian Bible di samping kerap menyampaikan syarahan di merata dunia. Beliau juga merupakan ahli dan menjawat jawatan Presiden pertubuhan Pusat Propagasi Islam Sedunia (IPCI) yang berpusat di London dan Dubai.

Ahmed Deedat juga kerap kali dijemput oleh institusi gereja di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Britain, Sweden, dan beberapa negara Eropah yang lain untuk perdebatan mencari kebenaran antara Islam dan Kristian. Kemenangan acapkali berpihak kepada beliau. Berkat kebijaksanaan dan ketabahan beliau, ramai penganut Kristian mula curiga dengan agama yamg mereka anuti selama ini. Tidak kurang juga yang kembali kepada Islam. Seorang paderi terulung Amerika yang bernama Murrock Jemmi Sogart, ketika tertewas di dalam siri perdebatan dengan Ahmed Deedat, akhirnya mengakui kepalsuan agama Kristian lantas melafazkan kalimah syahadah, Allahu Akhbar.

Pada tahun 1986, Ahmed Deedat telah dikurniakan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi sebagai tanda menghargai jasa beliau dalam memartabatkan Islam dan membelanya dari serangan Kristianisasi.

Ahmed Deedat mempunyai lebih 20 karangan mengenai siri pemurniaan Islam dan pembelaannya yang telah tersebar di seluruh dunia pelusuk dunia. Antara karangan beliau yang terkenal adalah:

  • Combat Kit (Tentera Yang Bersiap Sedia)
  • Christ In Islam (Nabi Isa di dalam Islam)
  • Al-Quran, The Miracles of Miracles (Al-Quran, Keajaiban dari segala Keajaiban)
  • Cruxifixion or Cruci-Fixtion? (Penyaliban, Rekaan atau Benar?)
  • Is The Bible God’s Word? (Adakah Bible Kalam Tuhan?)
  • What The Bible Says About Muhammad PBUH? (Apa yang diUngkapkan Bible tentang Nabi Muhammad s.a.w?)

Sesungguhnya Ahmed Deedat merupakan satu-satunya tokoh teragung Islam yang berjuang di atas rasa kesedaran yang perlu dijadikan idola oleh umat Islam. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas usaha beliau selayaknya. Amin.



persoalan buntu..


-
-
-mengapa che det masih mengkritik @ menfitnah anwar ibrahim?
-
-mengapa saiful bukhari mendakwa diliwat oleh anwar ibrahim?
-
-mengapa minyak naik walaupun MALAYSIA pengeluar minyak?
-
-mengapa MELAYU masih lemah walaupun ada 6 PERDANA MENTERI?
-
-mengapa royalti kelantan(95% melayu) minyak dirampas oleh umno(kerajaan melayu)?
-
-mengapa mahu berpayung dibawah melayu? sedangkan NABI MUHAMMAD berpayung bawah ISLAM?
-
-mengapa wujud buku jingga oleh PR?
-
-mengapa umno lawan pas?
-
-mengapa undi kawasan melayu masih setia dgn umno?
-
-mengapa maksiat tumbuh mekar di KL walaupun DATO bandarnya islam?
-
-mengapa kita solat 5 waktu sehari semalam tetapi tubuh badan giat buat dosa?
-
-
-
-siapa ada jawapanya..?

Mar 10, 2011

jatuh cinta lagi


-
-
-ehm... ehem..
-saya sudah
-jatuh cinta lg...
-
-
-hehe
sekian....

-inilah wanita yg saya jatuh cinta...
hihi
-jangan marah...!

Mar 9, 2011

jgn kamu lemah


-
-
-
-
setiap org ada sisi gelap.. hd0p kita ada hitam putihnya
-
putih baik.. hitam jahat...
mencuba utk menerima seadanya.. kita manusia..
kdg2 tergelincir..
kdg2 tersilap langkah...
tp biar ada dalam diri kita rasa sentiasa beringat akan ada d0sa pahala..
-
-
-
-
hd0p in kdg2 kejam..! sbb hnya utk putera dan puteri...
hamba abdi utk hamba abdi...
hd0p ini akan indah...
jika ianya dik0ngsi bersama-sama...
-
-
-
terasa diri menjdi b0d0h yg sgt2 ter0k...

Mar 8, 2011

mane harga diri..?


apabila baca bl0g my seni0r http://mohamadhafizudin.blogspot.com/2011/03/seorang-pakcik-tua.html

terdetik rasa utk melafazkan...!
cth=kita b0d0h,jahil plak tuh...
tp kita hina org yg lebih tggi dri kta!..
nmpak sgt kita b0d0h!...

bila masok bab hina org yg beragama nie...
haishh... kita hina ulama...
hina ulama Islam yg jadi pemimpin utk gerakan islam....
kita? pmpuan! tp x tt0p aurat!...

celak0! celak0! celak0 yg amat besar bg mereka2 yg menghina ulama!..
pd ulama ini....
aku bergitu SANJUNG TINGGI kpd KEilmuan mu....!
bila kita kaseh pd ulama...

Allah akan kasih pd kita..
sbb ulama adalah mereka2 yg dekat pd Nya...
bt ulama ini...
aku akn meny0k0ng mu selagi tdak mnyimpang dri agama Islam...
http://www.blogtokguru.com/


Mar 7, 2011

jgn mengalah


-pasal p0litik p0n maw gaduh ka..? siap rem0ve lg aku..
adeh.. kwn aku tuh.. xper lh..
aku serahkan sgala urusan ini kpd mu.. :) amin...

-aku sdah merasai bahang-bahang 0z0n cuaca iklim p0litik..!
payah untuk menerima dan menerangkan kpd mereka2 yang jahil...
cabaran ini menguatkan iman aku... amin..

-jijik lagi menjijikan... cedih lg menyedihakan...
bukakanlah pintu hatinya utk nampak d0sa itu.. amin...

----
Bila Anda selalu mengingat semua nikmat yang telah diberikan Allah kepada Anda, niscaya anda akan mendapatinya meliputi diri anda, mulai dari atas hingga bagian bawah telapak kaki anda. seperti kesehatan jansmani, keamanan sandang pangan, udara, air dsb. Allah telah berfirman "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, niscaya tidaklah kalian dapat menghitungnya"



Teruskan perjuangan sehingga nyata benarnya janji RABBI


Sebagaimana diduga PAS tewas dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan serentak iaitu Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka. Dan sebagaimana jangkaan juga majoriti calon BN dikedua-dua kerusi ini bertambah berbanding dengan PRU yang lalu.

Memang kalau mahu dikaji punca kekalahan berganda PAS ini maka berbagai analisa dapat dibuat. Apapun PAS dan Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera BN yang tersusun lengkap dengan bekalan wang ringgit yang teguh tidak tertanding oleh PAS walau ditahap 10 peratus. Barang diingat juga kedua-dua kerusi ini memang merupakan kubu BN dan PAS tidak ada sejarah pernah memenangi kerusi berkenaan.

Membaca komen yang diberikan oleh laman web dan portal berita berbahasa Inggeris, saya agak kurang bersetuju apabila ada yang mengulas bahawa kekalahan PAS ini adalah berpunca dari sikap parti berkenaan yang agresif mengenengahkan idea dan dasar Islam. Kononnya langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) mengambil tindakan terhadap premis yang menjual loteri “bigsweep” baru-baru ini menyumbang kepada kekalahan PAS.

Mereka ini mungkin baru mengenali PAS. PAS bukan baru lahir 2 atau 3 tahun lalu. PAS sebagai sebuah parti Islam telah wujud dan bertarung dalam gelanggang politik Negara sejak lebih 50 tahun lalu. Islam tidak pernah berubah sejak di bawa oleh Rasulullah saw. PAS sekadar menyambung mata rantai dari rantai perjuangan Islam yang panjang lebar itu.

PAS bawa Islamlah maka PAS menang dan berkuasa kembali di Kelantan pada tahun 1990 dan bertahan sehingga kini.

Kerana Islam lah maka PAS dapat menzahirkan kepimpinan yang telus, bersih dan bertaqwa. Samada calon PAS itu menjadi MB, atau EXCO atau ADUN pegangan Islam nya membezakan ia dengan pimpinan parti lain, kerana Islam lah mereka dihormati dan disegani.

Kalau mahu PAS ikut selera mereka yang kritikal ini lebih baik PAS gugur sahaja dasar perjuangan Islamnya itu. Jadi sebagaimana parti lain, kalau perlu peluk Islam kalau tidak campak sahaja ketepi.

Saya yakin selagi iltizam ahli dan pimpinan PAS kuat pada prinsip dan dasar perjuangannya yang telah berjaya dipertahankan berdekad-dekad lamanya itu, maka selama itulah Islam akan terus dijunjung dan disanjung. PAS mungkin tewas di Merlimau dan Kerdau, tapi takkanlah kerana kekalahan itu maka Islam mahu dipersalahkan?

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi..............

Syabas para petugas PAS, syabas calon-calon PAS, walaupun kita tewas hari ini, ganjaran lebih besar menunggu kita di Akhirat nanti insyallah. Teruskan perjuangan, hingga nyata benarnya janji Rabbi. TAKBIR!


http://n32.blogspot.com/

jgn berputus asa






kerja yg sudah di abehkan sem ini=

-mid term german dgn jayanya sudah di buat di dpn HERZ0G SYEBELE...

-asaimen ABH

-eh! 2 jer ker aku baru buat! haha

berat nanang mu mie!...

j0m k0ngsi gmba dalam kelas aku....!

--gamba cerminkan
kita---

hehe

Mar 6, 2011

Allah memberikan jalan yg x disangka2 ..


aku sering mengeluh..
mengeluh sbb knapelah Allah bg aku dugaan macam2..
baru aku tahu...
Allah memakbulkan d0aku..
d0aku supaya tambahkan keimanan dlm diri ku ini..
amin...

Mar 4, 2011

jangan kamu bersedih..


Nikmat dan kesulitan… dua benda yang tentu kita pernah alami..

Ya Allah.. aku bersyukur dgn apa yg kau berikan kpd aku selama ini.. ampunilah segala dosa2 aku yg selama ini aku tidak pernah rasa bersyukur kpd mu.. ampunkanlah segala2 dosa aku..Aku sering kali lupa akan nikmat mu ini…aku sering kali lupa kpd mu.. aku sering lupa pd pertolongan mu… aku akn senantiasa ingt akan janji2 mu..aku akan ingt akan adanya pertolongan mu.. tlg.. tlg jangan lalaikan aku dri mengingati mu.. tlg lh..

Nikmat yg kau berikan kpd ku ini.. akan aku bersyukur atas sgala nikmat mu ini… ketika aku berada dlm kesulitan.. aku akan putus asa.. dan sering akan tewas.. tp bila masa berlalu… aku tidak sedar betapa kau telah berikan aku kekuatan dan pnyelesaian tnpa aku sedari…

Bg kau lah pujian,bg kau lah kesyukuran…. Tlg jgn palingkan muka aku kpd mu… apa yg kau kurniakan dlm khidupan ini…satu nikmat yg besar.. satu nikmat yg akan ditarik balik oleh mu pd bila2 masa shj… jgn lupa yg telah ada… terlalu byk nikmat yg telah kau berikan..

Apa yg kau kurniakan kpd ku,,melimpahi dri harapan ku kdp mu… syukur..syukur kpd mu…JANGANLAH BERSEDIH,ALLAH ADA BERSAMA KITA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...