mencetuskan REVOLUSI MALAYA

May 30, 2011

huh


fuh! lme x meg hup date blog ini..!
al maklum lah akibat dri pd msalah klinikal dan bantuan yg
bl0m2 dtg tiba nie.. bt kn ku sedikit merana krn x dpt bt kejer..!
huh!
cuti sem ini agak buhsan dan biasiswa ekonomi yg agak
miskin membataskan pergerkan gua!
nk beli brg2 sndri p0n xleh beb! hehe!
man u kalah! cis!
bola cantik dri barca memusnahkn tradisi bola enggeris yg htr
jaouh tuh..!
-masih imaginasi yg indah! hehe-
kamu wanita yg ku puja-
rev0lusi kamu seakan2 melayan ku dgn begi2 sempurna sekali-

May 22, 2011

kawan


-saya bersyukur ada anda semua sebagai kawan-

May 15, 2011

politikus


“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.

-
hebat ibrahim ali nie,nak lancarkan perang salib.. lu sape beb?? menang PASIR MAS pun sbb lu dulu tipu PAS,lu mmg bangsat lh br0.. menang pn gne cara terkotor.. ceh! mmg PERKASA lu bro..! wahahahaha ini lah TOKOH MELAYU..! gua mmg tabik kt lu nie..! agak-agak mamat ni masok ISA x? kne amik tindakan x??

May 13, 2011

1.Kajian Politik-Melayu-Ekonomi


EKONOMI

-org melayu islam yg kuat sokonganya pd PAS berhujah bahawa kita akan kuat pada ekonomi jika kita ikut ekonomi Islam yang mengharamkan riba.hujah ini betul tetapi bagi orang melayu islam yang menyokong UMNO melihat kepada aspek ekonomi harus melayu yang memonopolinya kerana ini tanah air melayu jadi melayu lah yang harus menjadi ketua dan tuan besarnya-

-org PAS pula merasakan ekonomi yg dilaung-laungkan oleh org UMNO itu hanyalah satu lakonan utk mengaut keuntungan kroni,anak beranak,dan dimakan oleh kaum kerabatnya sahaja.Pendapat ini kebenaranya ada dan sertakan dengan faktanya sekali.-Hujah org PAS ialah hak-hak ekonomi itu perlulah diagih-agih secara adil dan saksama kerana prinsip Islam itu sendiri memberi rahmat kepada semua manusia tanpa mengira agama yg dianutinya serta tidak mengetepikan keperluan berjihad dalam ekonomi-

-Seperti contoh bekas ketua Bodygard bekas Perdana Menteri selepas beliau pencen,,beliau ditawarkan menjadi pegawai besar sebuah syarikat bas di sebuah negeri pantai timur,cuba jika beliau tiada kaitan dengan bekas PM ini,beliau tidak akan ada jawatan seperti itu-

May 11, 2011

1.Kajian Politik-Melayu


-politik-
aku perhatikan org melayu disekeliling aku nie ada
2 fahaman politik-
yg pertama g0l0ngan atasan&bekas askar&bekas pekerja
yg meny0k0ng UMNO,benci DAP,s0k0ng PAS.Di depan
0rg PAS,mereka diam tanpa membantah,menyok0ng PAS
tetapi cukup anti dengan DAP.

-yang kedua cukup kuat menyokong PAKATAN RAKYAT,segala
apa yg salah,kelemahan UMNO dihentam habis-habisan dan
hujah-hujah mereka kadang kala betul dan penuh isi tersurat-
keseluruhannya pendapat mereka terpakai bagi g0l0ngan pertengahan
tetapi hujah ini boleh dipatahkan dengan mudah oleh golongan intelektual-

-bagi yg menyokong UMNO,mereka hanya bertekak,berdebat dalam
kalangan mereka,sangat-sangat takut untuk berdebat dengan puak
yang menyokong PAS,DAP,PKR.Kenapa? sebab pengangan mereka
lemah dan mudah dipatah-patahkan.cuba kita fikirkan kenapa
jadi begitu?-

-isu kristian? betul dan ia sangat membimbangkan bagi kita,tetapi ia hanyalah
dakwaan oleh 2 blogger pr0-UMNO. Mesti ada yg tersirat? tajuk sebegini
amat bahaya di dalam suhu politik negara sekarang..-

May 10, 2011

siapakah melayu yg paling lupa??


Keputusan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak terus menjadi bahan perbualan di bibir orang politik sehingga hari ini. Walaupun BN Sarawak kekal menang dengan majoriti dua pertiga kerusi namun beberapa trend yang terbit dari keputusan tersebut menjadi tajuk ulasan dan kupusan hangat sesetengah pihak.

Seharusnya keputusan rakyat dihormati oleh semua. Keputusan samada masyarakat Melayu, Melanau, Iban, Dayak, Cina atau Orang Ulu untuk memilih parti yang mereka yakini jangan dijadikan suatu kebimbangan sehingga mencetuskan prejudis dan syak wasangka sedangkan demikianlah amalan demokrasi, rakyat diberikan hak untuk menyatakan pilihan mereka. Keputusan mereka itu jangan dihukum tetapi diraikan kerana rakyat telah bersuara secara aman dan bebas.

Apabila BN contohnya menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004 sehingga menawan kembali Terengganu dan meninggalkan Kelantan di bawah tangan PAS dengan majority yang rapuh keputusan rakyat itu dihormati. Apabila di Selangor contohnya dalam PRU 1995, pihak pembangkang ditolak sehingga DAP hanya bertahan dengan 1 kerusi iaitu melalui Teng Chang Khim di Kelang (sekarang Dato’) kecenderungan masyarakat Melayu, Cina dan India untuk kembali bernaung di bawah BN tidak pernah dipertikaikan.

Mengapa apabila ada segmen rakyat menolak BN contohnyanya dalam kes Sarawak maka ditonjolkanlah seolah masyarakat tertentu berbahaya dan mahu wujudkan dominasi dan ketegangan.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini apabila mengulas perkembangan politik semasa menyatakan:

“.....sekarang kita lihat apa berlaku pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 lalu, kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu.”

Reaksi Dr Mahathir ini apabila melihat DAP memenangi 12 dari 15 kerusi yang dipertandinginya di Sarawak dirata-rata kerusi majoriti Cina. Tetapi apakah benar kenyataan bahawa kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya? Tidakkah kenyataan serupa ini merendahkan intelek dan kewibawaan masyarakat tersebut?

Apa pun yang nyata komen bekas PM itu meleset dan mungkin dikeluarkan kerana menyedari bahawa BN dan bukannya Negara atau rakyat yang sesungguhnya akan menghadapi masa depan yang kelam. Ianya meleset kerana DAP diketahui bukan bersendirian dalam PR Negeri Sarawak mahupun PRU ke 12 yang lalu. Jika MCA dan Gerakan bersekongkol dengan Umno melalui BN, DAP diketahui umum termasuk oleh Dr Mahathir sendiri bekerjasama dengan PKR dan PAS melalui Pakatan Rakyat.

Kaum Cina, India dan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang di dalam BN menyedari bahawa mereka perlu bekerjsama jika mahu berkuasa dan berperanan dalam arus perdana politik Negara. Tiada suatu kaum boleh berkuasa secara mutlak di Malaysia melainkan di negeri-negeri tertentu contohnya Kelantan dan Terengganu yang memang didominasi orang-orang Melayu.

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa di Sarawak tempoh hari DAP ketara bersama PKR dan PAS. Demikian juga calon-calon PKR dan DAP yang bertanding masing-masing menzahirkan secara terbuka kerjasama mereka melalui Pakatan Rakyat. Jadi dimanakah bukti kenyataan Dr Mahathir itu bahawa kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu.

Lupakah Dr Mahathir (yang mempopularkan terma “Melayu mudah lupa” itu) bahawa semasa DAP mendominasi Pakatan Rakyat di Perak pada PRU ke 12 lalu, calon yang diangkat sebagai Menteri Besar Perak adalah dari PAS, orang Melayu Islam.

Sesungguhnya masyarakat Cina sebagaimana masyarakat lain dalam Negara berhak untuk memilih dan memutuskan apa sahaja dalam amalan demokrasi yang dianuti oleh Negara kita. Saya merasakan Dr Mahathir lebih bimbang kepada kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding dengan apa yang beliau cetuskan itu. Begitulah juga pimpinan lain dalam BN khasnya Umno dan MCA.

Sekiranya masyarakat Cina kekal trendnya begini sebagaimana yang ditunjukkan dalam PRU ke 12 dan Pilihanraya Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan sokongan orang-orang Melayu yang pernah bangkit mengundi protes dalam PRU 1999 di era Reformasi serta masyarakat India yang sudah bosan dengan kepimpinan mereka dari MIC, tidak mustahil lanskap politik Negara akan turut berubah.

Itulah sebenarnya kebimbangan Dr Mahathir dan beliau pula sebagaimana doa Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor satu ketika dahulu, akan hidup menyaksikan kejatuhan Umno dan BN. Itulah kebimbangan beliau.

Malaysia perlu belajar menghormati suara rakyat sekiranya kita masih percaya dengan sistem demokrasi yang telah kita amalkan sejak lebih 50 tahun dahulu. Hari ini kita hidup menyaksikan Negara-negara yang mengawal, mengekang dan menghapuskan demokrasi satu per satu runtuh di hadapan mata kita. Malaysia jangan jadi seperti Libya, Mesir, Syria dan Negara-negara Timur Tengah lain.

Dan rakyat pula jangan diancam dan ditakut-takutkan dalam bersuara. Rakyat Malaysia sudah matang dan dewasa. Mereka terdedah kepada maklumat dan berilmu. Jika mereka menolak parti atau kelompok tertentu kerana parti dan kelompok itu rasuah, zalim dan pincang, maka mereka sesungguhnya berhak berbuat demikian. Tidak kiralah orang Cina, Melayu atau India, siapalah kita untuk memaksa mereka menyokong yang kotor dan durjana.

ARTIKEL INI TERBIT DALAM AKHBAR MINGGUAN SIASAH BIL.
http://n32.blogspot.com/

May 7, 2011

malaysia kini


Adakala aku memikirkan tentang kejahilan dan kebodohan yang berlaku di negara ini melalui pembacaan di media massa dan tatapan kaca televisyen. Tidak aku pasti sama ada semua ini hanya lakonan semata untuk tatapan kepada rakyat malaysia yang sudah memang keliru dan celaru dengan permainan pihak yang berkepentingan. Selain daripada membuat tatapan dan penakulan yang teliti melalui pelbagai sumber dan pengamatan kejadian, mereka menelan dan menerima bulat-bulat apa yang disuapkan dan disumbat kedalam mulut minda mereka.

Kejahilan dan kebodohan semakin menjadi-jadi apabila mereka mempertahankan apa yang berlaku dengan alasan dimana budak hingusan pun tidak dapat terima. Adakan kita dalam peringkat kejahilan minda yang telah berlangsung selama berdekad? Adaka ini berpunca daripada kelemahan dan kekurangan rakyat negara ini akibat daripada diarah ke jalan yang salah?

Permainan wayang yang sering dilihat dalam media utama amat membimbangkan. Kita sering dijadikan tebusan oleh pihak tertentu yang menjadikan keamanan sebagai justifikasi untuk kekal berkuasa dan ini tidak seharusnya berlaku dan penduduk tidak seharusnya termakan akan helah sedemikian.

Namun demikian, ini bukalah satu perkara buruk kerana terdapat ciptaan baru zaman moden yang mampu melawan segala penipuan dan permainan sekiranya penduduk sejagat bersatu padu untuk merungkai segala muslihat yang membantutkan perkembangan minda dan pikiran yang memacu tamadun manusia ke peringkat yang lebih maju.

http://akukaudia.wordpress.com/2009/06/25/kebodohan-and-kejahilan-terserlah/

terima kasih...

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

May 4, 2011

-dh sebulan-


-syukur pd nya-
-kami dh sebulan-
-m0h0n di kuatkan ikatan cinta kami-
-amin-

May 3, 2011

YAB TOK GURU NIK AZIZ


JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan.

-mie-


-beragama PAS-
-berfahaman PKR-
-hidup ini indah bkn dgn slogan 1MELAYU 1BUMI-ini bodoh pnya slogan!!
-1NEGARA KEADILAN UTK SEMUA-ini baru betol bhai..!
-duit KERAjaan ker?? ehh... duit kter lh wehh..kta bayar cukai,yuran,bil api air semua tuh masok dlm poket pemimpin-jadi duit kami..! bkn duit engkau!
-haha-

menarik


politik yg makin karut-
umno,pas,dap,pkr-
dlam karut2 pn aku pkir gk!
ceh!
mmg gila poltik nie!
aku nk jd negatif..!
dari duk gduh psal vdeo p0rn0 tuh!
baiklh g usul kt agung tuhh
bg tukar PTPTNTIPU kpd biasiswa..!
ini baru betol BARISAN NASIONAL..!

hehe dlm tv td ada biasiswa nasional kpd semua bngsa..
aik..!
hdop mlayu yg pnuh rasis pn bg duit kt india cina...!
aiya..!!
pelik-pelik-
kahkahkahkahkah
masok PKR lh wehh klu nk jd multi nasional kpd semua kaum..!

May 1, 2011

jum kita jawab

Oleh : AdukaTaruna

Mula2.. terima kasihlah kepada sahabat Parpu Kari kerana kopipes soalan terhadap Anwar gua tu dalam blog lu. Vanakem (thank you), bro..

Skang ni, gua harap, dapatlah kiranya sahabat kopipes soalan ini pula dalam blog sahabat. Mudah2an menjadikan kita ini termasuk dalam golongan orang2 yang berfikir. Amin.

1. Presiden manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Cina Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera selama sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% selama sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang membunuh sekampung muslim di Memali, Kedah?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari Cina?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)



Yang ni soalan berkaitan dengan Anwar yang bangang ni plak.

Siapakah yang kutip Chua Ju Ming, diberikan jawatan dalam PKR tanpa demokrasi telus, dan kini bersiap2 melompat macam sampah2 lain yang juga dikutip.
A. Anwar Ibrahim
B. Anuar Zain


Orang bodoh jer kagum dengan Anwar ni pada gua. Kelebihan Anwar ini ialah kemampuan dia as crowd puller. Dalam politik tahap Malaysia (negara dunia ketiga / jakun), crowd puller ialah orang yang hebat berpidato dan MELALUI peristiwa besar yang jakun.

Dalam politik tahap negara maju, crowd puller adalah orang yang mempunyai idea yang hebat dan MENCIPTA peristiwa besar yang hebat.
http://adukataruna.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...