mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Mar 13, 2010

k0ntaNg...


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).Surah Ar Ruum : 41

:)........
Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt .

Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...