mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Apr 7, 2010

YaHudi dlm PDRM?

NOTA EDITOR: Tak cukup masuk Jabatan Perdana Menteri, sekarang ni terdedah pula bahawa agen Yahudi telah dapat masuk ke Bukit Aman. Saya teringat waktu saya bekerja di Malaysia dahulu, ada seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia memberitahu bahawa Polis Di Raja Malaysia sering membeli barangan buatan Israel. Pada waktu itu saya bertegas tidak mahu pegawai itu membeli barangan dari satu syarikat yang saya tahu barangan itu buatan Israel. Nah, sekarang ini terbukti apa yang diberitahu kepada saya oleh pegawai kerajaan tersebut.

Maklumat yang saya dapat, DSAI memang mendapat laporan terus dari mereka-mereka yang menjadi keluarga PDRM yang tidak sanggup melihat perkara ini berterusan. Segala dokumen serta maklumat bertulis ada dalam tangan DSAI tapi tidak boleh didedah keluar kerana OSA. Saya menyebut ini kerana Ketua Polis Negara telah meminta bukti bertulis dari DSAI di atas dakwaan beliau. Namun DSAI tidak boleh mendedahkannya kepada umum kerana status OSA dokumen-dokumen tersebut. Jadi lepas ni mudah sahaja mereka kata Anwar Ibrahim berbohong sebab tiada dokumen.

Saya juga tidak tahu, apakah rahsia negara selamat dari pengtahuan Israel dan Mossad. Mustahil mereka ini tidak membuat salinan rahsia-rahsia negara dan menyerahkannya kepada MOSSAD dan Singapura.

Soalnya, tiadakah syarikat Malaysia yang mampu berbuat apa yang syarikat Yahudi itu boleh buat? Apa gunanya ada Multimedia Supercorridor?

Sekian.
Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...