mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Jul 28, 2010

sape cintakn saya...

Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.'

'Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang berbicara di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi keliru. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menyejukkan hatinya.

'Orang yang mencintai anda sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefon kamu 100 kali dalam sehari atau mengejutkan anda di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan tentang anda.'

'Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada andau satu-satunya.'

'Dan jika anda cuba menjauhkan darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan hilang dari hidup anda, walaupun hal itu membunuh hatinya.'

'Jika anda memintanya untuk mengajar anda sesuatu maka ia akan mengajar anda dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terpelik di dunia. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu anda. Dia tidak pernah mengelak dari melaksanaan permintaan anda walaupun sesulit apapun.'

''Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda - kesukaan anda kesukaannya juga - walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya walaupun lagu yang anda gemari tidak sedikit menarik perhatiannya sebelum ini.'

'Orang yang begitu mencintai anda, tidak pernah memaksa anda memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mau anda terbeban dengan kerananya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan anda, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.'

'Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.'

'Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Malamr', 'take care', dan lain-lain, walaupun anda tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza, bukan ?aku CINTA padamu?, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.'

'Orang yang mencintai anda selalu ingin berada di dekat anda dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan anda.'

'Kalau anda melihat HP-nya maka nama anda akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari anda walaupun anda mengirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat anda di tempat khusus dan segala pemberian anda menjadi benda-benda berharga buatnya.'

'Jika suatu saat anda harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar anda waspada dengan lingkungan sekitar yang mungkin membawa pengaruh buruk kepada anda. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut akan kehilangan anda.'

'Orang yang mencintai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda sakit kepala. Namun ketika anda mengatakan tindakannya itu membuat anda terganggu, dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...