mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Dec 1, 2010

ini mmg btol



Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya yang Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi menghapuskan kuasa Agong mengembalikan rang undang-undang kepada parlimen, Dr Abdul aziz ia menunjukkan bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tibah masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"Setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas parti 'Ketuanan Melayu'(Umno) kerana mengkhianati perjuangan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata dalam kerakusan Malaysia mengejar ekonomi sejagat menyaksikan Umno memandang kecil Bahasa Melayu sebagai tunjang bangsa Malaysia.

Anwar berkata pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu' dalam Dewan Rakyat tidak mempunyai iltizam untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Kononnya kita mengagungkan bahasa kita, tetapi kita menghinanya kerana mengganggap bahasa Melayu terlalu lemah untuk matapelajaran matematik dan sains,"Anwar berkata demikian dalam ucapannya berkenaan penambahbaik kurikulum pendidikan negara.

Turut mendapat perhatian Anwar adalah matapelajaran Sejarah, yang enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang-pejuang Melayu bukan Umno.

"Mengapa kita enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang Melayu seperti Burhanuddin al-Helmy?"tanya Anwar.

Keadaan di Dewan Rakyat bagaimanapun tegang selepas Ahli Parlimen Pasir Salak bangkit menyanggah ucapan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen itu membidas ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam bahasa Inggeris.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...