mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Dec 9, 2010

Kelebihan isteri x cantik


Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:

LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.

Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.

Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….

LEBIH TAAT

Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.

Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la....

hehe btol2!

4 comments:

::Cik Zatie:: said...

tapi,realitinyo...kebanyakan ore lelaki suko hk comey2,lawa2 jah...mgkin bukan semua,tp ado lah.hehe

Unknown said...

errrr 90 peratus ber setuju!
ehh..
ader gk lh insan2 yg x memilih..hehe

UNICHI YJ said...

realitinya,org mst nk yg cantik2 kn..tp kdg mata org ni lain,pd pndangan mata die gf/bf/isteri/suami die tula cantik tp sbaliknya.pokok pakalnya,rupa xpenting..yg penting akhlak n agamanya kita cri.

Unknown said...

haaaaa setuju ngn yanie~!
klu mie pilih,mie nk yg akhlak,agama pas2 bruu lh
yg cantik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...