mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Jan 17, 2011

husam musa

Datuk Paduka Husam Musa adalah seorang yang mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T. Beliau suka berzikir dan membaca Al-Quran ketika mempunyai masa lapang. Mungkin inilah yang menyebabkan beliau sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai cabaran yang melanda dirinya.

Saya berkenalan dengan Husam berberapa tahun dahulu sebaik sahaja saya pulang dari menjalani "internship" selama satu tahun di Korea Selatan. Pada ketika itu saya aktif "memblog" dalam sebuah "Blog Syok Sendiri" yang bergelar "Blackinkorea".

Saya sebelum itu tidak pernah rapat dan mengenali kepimpinan PAS kecuali Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Haji Mohammad Sabu. Mengapa saya mengenali ketiga-tiga pimpinan ini? Ini adalah kerana ketiga-tiga pemimpin ini seringkali bersama-sama dalam demonstrasi yang berkaitan dengan isu-isu rakyat.





Aktif dalam dunia blog menyebabkan saya berpeluang untuk berkenalan dengan Dato Ahirudin Attan a.k.a Rocky Bru, Datin Paduka Marina Mahathir, Bernard Khoo, Haris Ibrahim, Sheih dan ramai lagi. Sheih pada ketika itu berkerja dengan Haji Husam. Sheih yang merasakan saya ini seorang yang hebat pada ketika itu merekomendasikan saya untuk berkenalan dengan Datuk Husam.

Lim Guan Eng pada ketika ini tidak pernah terfikir akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Begitu juga Ronnie yang tak pernah terbayang menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor

Satu pertemuan diatur untuk bertemu dengan Haji Husam di KLCC. Sebelum ini, saya sering memandang rendah kepada pemimpin PAS. Tanggapan saya sebelum itu, pemimpin PAS pasti tidak reti untuk ke KLCC dan hanya tahu berdakwah tak tentu tempat.

Pertemuan dengan Haji Husam mengubah persepsi saya. Beliau sangat tenang dan lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Pada ketika itu saya bersama-sama dengan Susan Loone dan lagi dua orang "amoi" yang cantik. Saya tidak menyangka bahawa Haji Husam boleh bertenang dan tidak memandang hina kepada ketiga-tiga amoi yang berada disekeliling saya.

Haji Husam sangat tenang berhadapan dengan saya yang dikelilingi oleh tiga orang amoi. Lebih menarik lagi, Haji Husam mengeluarkan buku nota dan mencatatkan isi-isi perbualan kami yang beliau rasakan penting.

Saya terpaku dengan kerendahan diri seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sering dimusuhi oleh ramai pihak terutamanya orang-orang PAS di Kelantan.

Sehinggakan saya berfikir, satu hari nanti, jika semua konspirator di dalam PAS berjaya menjatuhkan Haji Husam, saya ingin menghasur beliau untuk bergerak di dalam dunia NGO.

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dijayakan dalam perjuangan bersama NGO berbanding perjuangan didalam parti yang seringkali bergarak dengan satu tujuan iaitu mendapatkan kekuasaan.

Semalam Tuan Haji Husam mengeluarkan satu kenyataan. Beliau menginginkan Datuk Zaid Ibrahim menyertai PAS. Sudah pasti selepas ini, Haji Husam juga akan difitnah menerima bayaran dari Zaid atau Dato John Soh.

Waktu pertemuan pertama

Akan tetapi, saya faham dengan tujuan Haji Husam. Beliau tidak mahu mudarat besar berlaku kepada Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, saya tidak pernah peduli dengan apa yang bakal berlaku kepada Pakatan Rakyat, cuma saya ada sedikit rasa sayang dengan orang-orang seperti Datuk Paduka Haji Husam Musa yang begitu gemar menggelarkan dirinya sebagai Aktivis Islam.
http://www.aminiskandar.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...