mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Feb 20, 2011

Jangan sekali kali kita ingat doa kita tidak didengar oleh Allah SWT

Sewaktu pembantaian kejam terhadap umat Islam di Gazzah, seluruh pemimpin umat Islam terutama di negara Arab senyap sunyi. Kecuali Qatar, yang lain hanya duduk dan lihat. Pemimpin Mesir, Mubarak, bukan sahaja senyap, tapi turut membantu usaha Israel di dalam membunuh umat Islam Gazzah yang tidak berdosa.

Maklumat dalaman yang saya dapat adalah, sewaktu Racep Tayyib Erdogan berziarah kepada pemimpin2 Arab merayu mereka bertindak, ada diantara mereka secara jelas menolak. Alasan mereka adalah mereka tidak mahu HAMAS terus berkuasa di Gazzah yang seterusnya akan mempengaruhi rakyat-rakyat mereka untuk menukar kerajaan.

Dengan kata lain, di atas ketakutan dan kerisauan mereka berlakunya pertukaran kerajaan secara demokrasi, maka pemimpin-pemimpin umat Islam memilih untuk berpeluk tubuh. Dan di dalam kasus Mesir, turut membantu Israel membunuh umat Islam Gazzah yang tidak berdosa itu.

Namun, umat Islam seluruh dunia tidak rela hanya duduk dan berpeluk tubuh. Seluruh dunia Islam telah mengambil keputusan untuk membaca Qunut Nazilah di dalam solat mereka termasuk solat Jumaat.

BERBILLION umat Islam membaca Qunut Nazilah di dalam solat waktu dan solat Jumaat di mana diungkapkan bacaan seperti "jahanamkan mereka" dan "kalahkan mereka" dan "menangkan kami ke atas mereka".


Tidak disangka rupanya, doa yang ditujukan kepada bala tentera "Ahzab" (Yahudi dan Amerika) itu rupanya tertuju kepada pemimpin-pemimpin umat Islam yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh Allah (Yahudi) di dalam membantai dan memnyembelih umat Islam di Gazzah.

Persubahatan Mubarak dengan Yahudi telah dibalas secara "cash" oleh Allah SWT dengan kejatuhan Mubarak yang sebegitu hina. Dan sekarang ini, Raja Bahrain, Qaddaffi, Yemen dan lain-lain menghadapi kebangkitan yang sangat besar.

Pengajaran dari kebangkitan TImur Tengah adalah:

Jangan sekali kali kita ingat doa kita tidak didengar oleh Allah SWT.

Apabila kita sudah tiada upaya dan kekuatan, gunakan doa kita sebaik-baiknya. Nabi SAW juga mengajar kita doa adalah senjata yang cukup ampuh di dalam membina kesabara. Sebelum kita hendak marah, baiklah kita berdoa dahulu. Hasilnya, kita tidak akan tersalah langkah.

Masih tergiang-giang di telinga saya doa Tok Guru Nik Aziz sewaktu peristiwa Memali. Doa yang sehingga hari ini menaikkan bulu roma saya apabila diingati kembali.

Kita lihat di hadapan mata kita, betapa UMNO pecah dan koyak rabak hasil dari doa orang-orang yang tidak berdosa.

Sebenarnya Qunut Nazilah telah diajar kepada saya oleh kepimpinan PAS ekoran pembunuhan kejam di Memali. Di situlah saya belajar berkenaan Qunut Nazilah.

Seharusnya kita semua harus tunduk dan sujud kepada Allah SWT apabila melihat peristiwa di Timur Tengah sekarang ini. Ia jelas bukti kekuasaan Allah SWT yang telah memakbulkan QUnut2 Nazilah yang kita baca sewaktu peristiwa penyembelihan umat Islam Gazzah..

http://www.malaysiawaves.com/2011/02/kesan-qunut-nazilah-gaza-seluruh-timur.html

4 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

doa senjata org mukmin.. kn?? ^_^

Unknown said...

yupp..
kpd NYA,,tmpt kter nk mngadu..

Anonymous said...

Mubarak dah buat yang terbaik. Kudos for him. Mubarak dah selamatkan 70 mil orang rakyat dengan polisi mesra Israel.

Anonymous said...

Kesilapan beliau mungkin lepas tahun kebelakangan ni saja.
Ekonomi Mesir tidak bekembang. Orang marah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...