mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Feb 27, 2011

kita patut BERSYUKUR ...


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ...

untuk suami / isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci piring, karena itu bermakna dia berada di rumah, bukan dikaki lima melepak bersama kawan-kawan yang belum tentu baiknya

untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

untuk pakaian kita yang dah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup
makan

untuk lantai yang perlu dimop, jendela yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dibersihkan, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal

untuk bunyi bising tetangga, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok karena itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat

untuk tempat letak kendaraan yang jauh dari lift/tangga, karena itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, karena itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut ...

BELAJARLAH BERSYUKUR .......
sesungguh ALLAH itu maha adil .. maka kita harus belajar mensyukuri nikmat ALLAH ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...