mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Apr 16, 2011

PUTERA


Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) Lahir

Hari ini dalam tahun 1947, Pusat Tenaga Ra'ayat atau PUTERA telah ditubuhkan semasa persidangan besar badan² politik kiri Melayu di Markas Besar PKMM di Batu Road, Kuala Lumpur. Lebih dari 100 badan² politik dan persatuan² dari seluruh Malaya dan Singapura telah menghantar wakil dalam persidangan itu, termasuklah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Lembaga Persatuan Melayu Johor, serta lain-lain persatuan² yang kecil. PUTERA telah dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PKMM, Ishak Hj Muhammad.

Terdapat 14 dasar yang menjadi prinsip perjuangan PUTERA:
  1. Malaya Bersekutu termasok Singapore dan lain² pulau sakelilingnya
  2. MELAYU ialah Kebangsaan Malaya
  3. Bahasa Melayu ialah bahasa resmi Malaya
  4. Bendera Kebangsaan dan lagu Kebangsaan untok Sa-Malaya ditetapkan bagi mendapat Malaya Bersekutu dan Malaya Merdeka
  5. Kerajaan Pusat Malaya dan Kerajaan negeri yg sapenoh²nya dilantek oleh Raayat jelata
  6. Raja² Melayu sabenar-nya Raja yang berdaulat yang berketanggongan kepada raayat menerusi Majlis Mashuarat yang dilantek raayat
  7. Perlembagaan Melayu Baharu mestilah mempunyai sharat² yang khas untok kemajuan Politic, Economy, Pelajaran Bangsa Melayu yang mempunyai hak Pertuanan Malaya
  8. Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu sapenohnya dikuasai oleh raayat jelata bangsa Melayu menerusi Majlis Mashuarat yang istimewa
  9. Hak² kerakyatan yang sama rata bagi orang² yang mahu tinggal tetap di-Tanah Melayu ini dan yang mengaku dengan sumpah tidak taat setia kepada mana² negeri selain daripada Malaya ialah mengikut sharat yang ditetapkan
  10. Soal pertahanan dalam serta perkara² luar terserah kepada pusat pemerintahan bersama dgn Kerajaan British buat sementara
  11. Menolak bulat² chadangan Perlembagaan Malaya Federation
  12. Menuntut Jawatan Kuasa Perundingan dimansokhkan
  13. Menuntut Kerajaan mengadakan perundingan baharu dengan badan Politik berhubong dengan Perlembagaan Malaya
  14. Mendesak Sultan² dan Pekembar jangan menerima chadangan Perlembagaan Malaya

Nama PUTERA diilhamkan dari nama pertubuhan yang dipimpin oleh Sukarno semasa zaman pemerintahan Jepun di Indonesia.

3 comments:

saufiahmad said...

PUTERA-AMCJA adelah persefahaman pertama antara bumiputera dan imigran(cina dan india) tetapi sejarah telah meracuni minda anak2 kita dengan mengatakan penggabungan parti perikatan adelah persefahaman pertama yang terjadi d tanah melayu..

padahal puak pejuang golongan kiri ini lebih asli ideanya..lebih telus perjuangannya untuk membebaskan negara dari mana2 penjajah bukan mencium bontot penjajah spt mana yg telah dibuat oleh pihak yang satu lagi :)

Anonymous said...

blog nie macam taik..

Unknown said...

setuju dgn saufi :)
pakatan itu adalah yg paling ideal dan pling hbat jikan nk dibndinngkn dgn kjaan skrang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...