mencetuskan REVOLUSI MALAYA

May 7, 2011

malaysia kini


Adakala aku memikirkan tentang kejahilan dan kebodohan yang berlaku di negara ini melalui pembacaan di media massa dan tatapan kaca televisyen. Tidak aku pasti sama ada semua ini hanya lakonan semata untuk tatapan kepada rakyat malaysia yang sudah memang keliru dan celaru dengan permainan pihak yang berkepentingan. Selain daripada membuat tatapan dan penakulan yang teliti melalui pelbagai sumber dan pengamatan kejadian, mereka menelan dan menerima bulat-bulat apa yang disuapkan dan disumbat kedalam mulut minda mereka.

Kejahilan dan kebodohan semakin menjadi-jadi apabila mereka mempertahankan apa yang berlaku dengan alasan dimana budak hingusan pun tidak dapat terima. Adakan kita dalam peringkat kejahilan minda yang telah berlangsung selama berdekad? Adaka ini berpunca daripada kelemahan dan kekurangan rakyat negara ini akibat daripada diarah ke jalan yang salah?

Permainan wayang yang sering dilihat dalam media utama amat membimbangkan. Kita sering dijadikan tebusan oleh pihak tertentu yang menjadikan keamanan sebagai justifikasi untuk kekal berkuasa dan ini tidak seharusnya berlaku dan penduduk tidak seharusnya termakan akan helah sedemikian.

Namun demikian, ini bukalah satu perkara buruk kerana terdapat ciptaan baru zaman moden yang mampu melawan segala penipuan dan permainan sekiranya penduduk sejagat bersatu padu untuk merungkai segala muslihat yang membantutkan perkembangan minda dan pikiran yang memacu tamadun manusia ke peringkat yang lebih maju.

http://akukaudia.wordpress.com/2009/06/25/kebodohan-and-kejahilan-terserlah/

4 comments:

nurshaf said...

hurm, oleh sebab kerakusan beberapa pihak yang terlalu nakkan pengaruh dan kekuasaan..

Unknown said...

wajib tukar sper yg rakus tuh..!

Daddylicious said...

kerakusan terbit dari setiap insan tidak kira dari baju mana yang dia sarung ,kerana kalau kita tiada di situ mana mungkin kita tahu apa yang kita tidak ketahui....

Unknown said...

ermm.. setuju.. tp bkn sng kta nk dibodohkn oleh media bngsat itu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...