mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Nov 22, 2010

Kemiskinan dan kemunduran adalah penghalang kpd perubahan-PROF DR AZIZ BARI


Bekas Presiden UIAM,Tan Sri Sanusi Junid pernah bercakap mengenai apa yg disebutnya 3P,yakni poverty,padi and Pas.Apa yang hendak disampaikan oleh bekas MB KEDAH itu ialah bahawa di mana ada kemiskinan,yg kebanyakkanya dlm kalangan penanam padi,maka disitu ada PAS.Secara mudah sanusi melihat kemiskinan sebagai punca kewujudan PAS.Teori Sanusi itu pernah dipegang oleh media yg semuanya milik BN.Mereka mendakwa bahawa jiwa dan semangat kepembangkangan timbul kerana kemiskinan dan rasa tidak puas hati.Semua itu akan tamat apabila ada kemajuan.Mereka juga mengaitkan kemengan dan kekuatan BN dgn pembangunan dan kemajuan!
Bagaimana pun sejak teori PRU 12,pada 2008 yg dibawa bekas Menteri Pertanian yg pernah mencadangkan tanaman padi diatas bumbung itu nmpaknya semakin meleset! Ini terbayang dlm pilihan raya kecil di parlimen batu sapi di sabah dan dun galas di Kelantan.
Fenomena yg sama jg kelihatan dlm PRK spt di batang ai,bagan pinang,bukit gantang dan hulu Selangor.Malahan keputusan PRU 2008 yg menyaksikan BN tewas di semanjung ia hanya dpt 48 peratus undi popular sebenarnya memaparkan kenyataan yg tidak berbeza.Semua sedar bahawa BN dapat berkuasa krn undi dari sabah dan Sarawak! Dan hakikatnya ialah kedua2 ini meskipun kaya dri pada segi sumber dan hasil mahsul mempunyai rakyat yg miskin dan tinggal pendalaman.
Kemiskinan dan kemunduran adalah penghalang kpd perubahan.Khususnya perubahan kearah ketelusan dan pertanggungjawaban.Sifat ini adalah idea pokok disebalik pelbagai peruntukan dlm perlembagaan kita.Untuk memastikan ia berlaku perlembagaan menjamin 3 hak pentig yg bersifat asasi,yakni iatu hak bersuara,berhimpun dan menubuhkan persatuan.Malangnya perlembagaan tidak menjadikan peruntukan ini kebal apabila ia mengizinkan Parlimen mengadakan sekatan melalui undang2.
Sepatutnya undang2 ini dihalusi oleh makhamah.Bagaimanapun makhamah gagal berbuat demikian.Sebab itu model terbaik ialah USA dimana kongres tidak dibenarkan langsung menyentuh hak yang 3 itu.


Kemiskinan dan kemunduran menyebabkan maklumat tidak tersebar.Apabila rakyat tidak bermaklumat mereka tidak peduli apa yang berlaku.Inilah yg kelihatan dikawasan yg disebutkan tadi.Hatta di bukit gantang sekalipun ada kg yg bergitu.Tapi calon PAS,DATO SERI MOHAMED NIZAR JAMALUDDIN,bernasib baik sbb ada kawasan khususnya kawasan cina yg tidak bergitu.
Jika dilihat kpd sifat kawasan yg mereka menangi agak jelas bahawa BN bergantung kpd kemiskinan,kejahilan dan kemunduran.Kawasan Bandar,sejak dahulu lagi,mmg azab buat BN.Sebab itu tidak hairan mengapa mereka hapuskan pilihan raya kerajaan temapatan pd 1960an,kawasan2 bandar juga diberi kerusi parlimen yg sedikit meskipun daripada segi perlembagaan kawasan Bandar sepatutnya diberi kerusi yg lebih selaras dgn prinsip demokrasi.Ini semua menyebabkan BN selesa berkuasa sejak 1955!
Orang miskin yg melarat tidak peduli ketelusan dan kebebasan krn perut mereka kosong.Mereka juga tidak peduli perkembangan Negara.Di Batu sapi umpamanya saya diberitahu beras dijual dlm paket kecil! Begitu juga dengan minyak masak.Paket kecil ini yg hanya mampu dibeli penduduk yg rata2 nya berpendapatan RM10 sehari.
Mereka benar2 kais pagi makan pagi dan kais petang mkn petang.Tetapi orang miskin itu berasa bertanggungjawab mengundi BN!satu2 nya parti yg mereka kenal dan yakin.Kemiskinan yg hampir mutlak itu menafikan akses untuk mendapatkan maklumat.Mereka tidak tahu apa itu hak dan bagaimana ia penting untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Kebanyakan orang MELAYU masih miskin dan hidup susah,kalau mereka mampu membeli TV atau akhbar pun mereka tidak boleh berfikir dengan baik kerana apa yg disajikan tidak merangsang minda mereka!
Kebanyakkan MENTERI UMNO,mendakwa demokrasi adalah barang mewah yg tidak sesuai untuk rakyat diluar Bandar.Ini tidak tepat krn demokrasilah yg akan memperkasakan mereka yg lemah tadi! Contohnya dengan kebebasan yg lebih rakyat boleh menuntut itu dan ini.Jika rakyat sedar dan bermaklumat rumah setinggan tidak boleh dirobohkan dengan mudah dan secara paksa!


Sebenarnya tidak terlalu susah untuk meratakan demokrasi dan kebebasan yg amat penting untuk perubahan itu.Tetapi ini tidak akan berlaku selagi parti yang menguasi kerajaan persekutuan adalah parti yang mahu mengekalkan segala kekangan yg disebutkan tadi.Apalagi sekiranya ia sedar bahawa kejahilan dan ketiadaan maklumat itulah yang menyelamatkan kedudukanya selama ini.
=PROFESOR DR AZIZ BARI
=di cetak,ditulis semula oleh MIE KICKDEFELLA(mahasiswa tahun 2) sbb SINAR HARIAN TAKOT UTK SIARKAN di laman webnya.. adehh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...