mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Apr 18, 2011

qalbu tidak menjadi lidah


Ketika qalbumu tidak menjadi lidah,
lidahmu pula enggan menjadi suara,
apakah tugasmu masih satu ibadah
atau ia sekadar, ya, sekadar kerja?

Ketika janji manismu amat berdegah,
nasib bangsa dijanji kemerlip permata;
dikau tampaknya semakin bersilap mata—
ekuiti gergasi jadi sekangkang kera.

Lima dekad kau leka enak berkuasa,
tiba-tiba kau sengaja menjerit parah.
Katamu: “Bangsamu sedang terhasak hina.”
Soalnya, kenapa kau yang memungkinkannya?

Ketika undimu terhimpun sangat sasa,
dan undi itu dikira sesedap rasa,
apakah tugasmu sebagai penguasa—
takek bahasa dan gunting lidah sastera?

Lima dekad dikau dewa segala dewa,
harum kasturi di dalam hanyir piala;
qalbumu mungkin berjaya menjadi lidah,
cuma, apakah tulus menjadi ibadah?

—A. Samad Said

http://samadsaid.wordpress.com/

2 comments:

khairul said...

dlm makna nya tu...lawan ttp lawan !

Mie Kickdefella said...

pabila sasterwan bersuara...
mmg pedas bahasanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...