mencetuskan REVOLUSI MALAYA

Jan 18, 2011

p0liTAik dalam kampus


macam taik! dlm kmpus p0n x bg masok elemen p0litik!
kahkahkah laknat sama mereka yg berkuasa yg menghalang itu semua!
bnda tuh bkn haram beb! aper kes nie? menghalang idealisme pelajar utk berp0litik!
cehh,,pas2 nk ank muda cintakan negara lh! nk anak muda pertahankn maruah negara lh!
kahkahkah janji palsu dan hnya ret0rik mcm sampah pnyer fikiran! alasan yg dibagi mudah~
xnak dilalaikan dlm pr0ses blajar! aik.. kami dtg cni bukan utk kejar akademik jer woi!
kami bakal pemimpin! aku xnk jd pemimpin! haha tapi hak kami utk berp0litik!
p0litik kami utk jaga kebajikan pelajar.. aku ulang sekali lagi.. utk pelajar! bkn staff! haha

kata ipta nie kilang nak jd pemimpin masa depan negara! last2.. p0litik p0n x dibenarkan?
laaa.. mcm mner nk jadi g2..alahai! bodo pnyer fikiran! buat apa disekat2? sape yg rugi!
negara lh woi! bkal pemimpin x tahu berp0ltik! las2 kne terajang mcm tuh jer nti diperingkat dunia!
ceh! apa lah nasib daku.. dlm kampus p0n g2..
plajar mengkritik p0n dipanggil penentang..
walhal.. hnya utk memperjuangkan nasib plajar dikampus..
ohh..
p0litik dicini dh jd p0litaik!
kahkahkah
gua mmg benci ini situasi!

Jan 17, 2011

husam musa

Datuk Paduka Husam Musa adalah seorang yang mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T. Beliau suka berzikir dan membaca Al-Quran ketika mempunyai masa lapang. Mungkin inilah yang menyebabkan beliau sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai cabaran yang melanda dirinya.

Saya berkenalan dengan Husam berberapa tahun dahulu sebaik sahaja saya pulang dari menjalani "internship" selama satu tahun di Korea Selatan. Pada ketika itu saya aktif "memblog" dalam sebuah "Blog Syok Sendiri" yang bergelar "Blackinkorea".

Saya sebelum itu tidak pernah rapat dan mengenali kepimpinan PAS kecuali Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Haji Mohammad Sabu. Mengapa saya mengenali ketiga-tiga pimpinan ini? Ini adalah kerana ketiga-tiga pemimpin ini seringkali bersama-sama dalam demonstrasi yang berkaitan dengan isu-isu rakyat.





Aktif dalam dunia blog menyebabkan saya berpeluang untuk berkenalan dengan Dato Ahirudin Attan a.k.a Rocky Bru, Datin Paduka Marina Mahathir, Bernard Khoo, Haris Ibrahim, Sheih dan ramai lagi. Sheih pada ketika itu berkerja dengan Haji Husam. Sheih yang merasakan saya ini seorang yang hebat pada ketika itu merekomendasikan saya untuk berkenalan dengan Datuk Husam.

Lim Guan Eng pada ketika ini tidak pernah terfikir akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Begitu juga Ronnie yang tak pernah terbayang menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor

Satu pertemuan diatur untuk bertemu dengan Haji Husam di KLCC. Sebelum ini, saya sering memandang rendah kepada pemimpin PAS. Tanggapan saya sebelum itu, pemimpin PAS pasti tidak reti untuk ke KLCC dan hanya tahu berdakwah tak tentu tempat.

Pertemuan dengan Haji Husam mengubah persepsi saya. Beliau sangat tenang dan lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Pada ketika itu saya bersama-sama dengan Susan Loone dan lagi dua orang "amoi" yang cantik. Saya tidak menyangka bahawa Haji Husam boleh bertenang dan tidak memandang hina kepada ketiga-tiga amoi yang berada disekeliling saya.

Haji Husam sangat tenang berhadapan dengan saya yang dikelilingi oleh tiga orang amoi. Lebih menarik lagi, Haji Husam mengeluarkan buku nota dan mencatatkan isi-isi perbualan kami yang beliau rasakan penting.

Saya terpaku dengan kerendahan diri seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sering dimusuhi oleh ramai pihak terutamanya orang-orang PAS di Kelantan.

Sehinggakan saya berfikir, satu hari nanti, jika semua konspirator di dalam PAS berjaya menjatuhkan Haji Husam, saya ingin menghasur beliau untuk bergerak di dalam dunia NGO.

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dijayakan dalam perjuangan bersama NGO berbanding perjuangan didalam parti yang seringkali bergarak dengan satu tujuan iaitu mendapatkan kekuasaan.

Semalam Tuan Haji Husam mengeluarkan satu kenyataan. Beliau menginginkan Datuk Zaid Ibrahim menyertai PAS. Sudah pasti selepas ini, Haji Husam juga akan difitnah menerima bayaran dari Zaid atau Dato John Soh.

Waktu pertemuan pertama

Akan tetapi, saya faham dengan tujuan Haji Husam. Beliau tidak mahu mudarat besar berlaku kepada Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, saya tidak pernah peduli dengan apa yang bakal berlaku kepada Pakatan Rakyat, cuma saya ada sedikit rasa sayang dengan orang-orang seperti Datuk Paduka Haji Husam Musa yang begitu gemar menggelarkan dirinya sebagai Aktivis Islam.
http://www.aminiskandar.net/

Jan 16, 2011

kisah wanita


Kisah dia..

Dya blik umah xnk tido..

Nk nikmati,tgk sepuas2nya di rumah itu..

Bila malam,bulan bintang teman kala belajar..

Bila katak berbunyi,dia takut krn fikir katak itu menyebut-nyebut namanya..

Mawi? Menjerit-jerit bila melihat pujaan hatinya itu beraksi didepan kaca tv sampi tumpah air ditangannya..

Dya suka pantai,dya impikan suasana berjalan ditepi pantai bersama insan yang dicintainya..

Chocholate,teman penahan sakit..

Lirik Lagu kopratasa yang bergitu disukainya dan diminati..

Ayat erm,tanda kemarahan dan juga rasa tidak puas hatinya..

Juara ches uiTm,kemahiran dya..

Hilang dua insan tersayang sekilip mata..

Dulu,kucing dan dya teman yang paling akrab.. hdop umpama kawan yang tidak mahu berpisah..

Tapi,diambil jua dari tangannya..

Masa muda bercita-cita nak jadi angkasawan,dah tua nk jadi isteri mithali keinginan sewaktu mula-mula berkenalan..

Pergi hospital,doctor cakap mata dya besar sangat... dya x kisah sbb mata dia sungguh menarik..

Bila keluar bersama teman,lelaki berikan no hp dan dengan baik dya menerimanya dan selepas itu buang dalam tong sampah..

Ke bank dgn mama,jmpe kwn lama mama dgn anak lelaki lantas berikan no hp kpd dya.. dya amik,mama cakap klu kita sgt2 cintakan seseorang,setia lh dgn pasangan sampi bila-bila pun.. dan seperti biasa akan dibuang..

Masa sekolah,selalu datang awal pagi..sekolah sebelah tempat mama dya mngajar,bdk yang paling nakal sampaikan hari-hari ke blik disiplin..anak teacher yang pling nakal..

…. Dya cakap,biar berjuta lelaki pun dya jumpa,awk sorang yang paling dicintai..

..

Jan 15, 2011

seni untuk perubahan?


Seni utk perubahan? Berubah? Change? Seni dan perubahan.. ader jodoh ker dua ayat yang berbeza ni.. seni macam lukisan,warna warni,kaler merah biru hijau,conteng sana sini! Ceh! Seni untuk orang yang cerewet! Seni untuk yang pandai melukis! Tiada jodoh langsung bila piker balik! Maaf,aku bukan orang yang minat seni! Ceh! Hampeh! Seni buatkan aku rasa menderita sebab kelemahan aku dalam melukis! Aku melihat seni hanya semata-mata krn seni itu ibu segala ibunya bermula dari sebatang pen yang digerakkan oleh tangan yang menurut arahan dari otak. Jika otak,akal fikiran kita berfikir aku x mampu melukis! Jawabnya tangan itu mmg x boleh menulis!

Bukan aku malas! Tapi itulah seni yang bermula dari melukis! Tmpat aku berlajar,lukisan asas yang paling utama dalam seni! Seni? Macam mana seni boleh digunakan utk perubahan? Perubahan! Selalunya akan dikaitkan dengan p0litik,orang p0litik,ahli p0litik,dan juga pengulas p0litik. Untuk apa kta perlukan perubahan? Tempat kita berlajar,teruk dari segi pengurusanya.tapi para tenaga pengajar sangat-sangat mahir dan berkemahiran tinggi! Siapa yang perlu diubah? System itu ataupun orang dalam system tersebut!

Aku benci bila bercakap soal perubahan dalam p0litik! Xkira lah dalam kampus atau Negara! Semua ada cacat celanya! Sampi ke satu tahap orang beranggapan politik itu jijik! Salah siapa? Politikcian or system tersebut? Adaka kerana masa? Kerana sosio kaum sudah menebal? Ataupun kesedaran utk perubahan itu sudah ada dalam diri?

Seni untuk perubahan? Byk lagu di Malaya nie,lagu cinta! Lagu adalah seni yang dicurahkan oleh penulis lirik. Lirik lagu cinta..lagu cinta pula dikaitkan dengan nama wanita. Putus cinta,khawin lari..macam2 pnyer cinta ada.adakah cinta itu damai? Tidak juga,orang boleh bunuh membunuh kerana cinta! Jadi,cinta itu bukan bawa damai!..

Kenapa composer kita x hasilkan lagu pasal minyak naik? Pasal royalty dirampas? Pasal harga barang yang x penah turun2? Pasal kesusahan rakyat marhean yang hidup melarat? Salah siapa? Composer kita yang ketandusan lirik sebegitu ataupun tiada berani untuk berSENI dalam lagu tersebut?...ataupun system yang dibentuk menghalang karya sedemikian untuk dihasilkan?

BerSENI untuk PERUBAHAN..

Jan 11, 2011

hati tenang

sgt2 rase lega...
indah jiwa nie..
tenang bila sgala arahan Nya dipatuhi..
amin.. damaikan hati hamba mu ini
dengan berkat rahmat Mu..amin...

Jan 10, 2011

Di suatu malam depan panggung wayang…


Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

4.41 pg


bila rasa gelisah,
ingt dyer..
waktu itu sangat indah..
dyer ttap ada..
ttap ada utk dyer..
akan ada utk dyer..
indah... yang sangat waktu yg ckup indah...

Jan 9, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN


Adapun tanda-tanda kematian menurut para ulama adalah benar dan ujud, cuma amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. RasulAlloh SAW diriwayatkan masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat Beliau. Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyiapkan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyiapkan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Alloh Subhanahu Wa Ta’ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita hambaNya supaya dapat bertaubat dan siap dalam perjalanan menghadap Alloh Subhanahu Wa Ta’ala. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja manakala orang-orang kafir yaitu orang yang menyekutukan Alloh nyawa mereka ini akan terus diambil tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Alloh Subhanahu Wa Ta’ala.
Adapun tanda-tanda ini terbagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Alloh Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut sehingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sadar serta berdetak di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arashy Alloh Subhanahu Wa Ta’ala. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat, dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Alloh Subhanahu Wa Ta’ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Jan 8, 2011

Cinta setia antara langit dan laut...


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran......

brehhh


raso dh boleh beruboh dh nie..
syukur2... kno uboh sket2 dh sikap aku nie...
hehe..
eh! male mimpi ko dyo! aik..
dyo ingat ko aku weh!?
haha koya mu mie wehh..
brehhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...